Gubal Akta Anti Buli segera, jangan tunggu pelajar lain jadi mangsa – Noraini

KOTA KINABALU – Penggubalan Akta Anti Buli perlu disegerakan kerana membabitkan aspek keselamatan pelajar, tanggungjawab institusi pendidikan dan keadilan untuk mangsa, kata Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Noraini Idris.

Noraini berkata demikian ketika mengulas mengenai kes kematian pelajar sekolah adik Zara Qairina Mahathir yang didakwa terlibat dengan insiden buli.

Beliau yang juga mantan Ahli Dewan Negara berkata, adanya Akta Anti Buli, semua pihak terlibat termasuk sekolah, asrama atau institusi pendidikan akan dipertanggungjawabkan secara undang-undang jika cuai dalam menangani, melindungi mangsa buli atau cuba menyembunyikan isu buli yang berlaku di tempat pengawasan mereka.

“Akta ini akan memberikan mesej jelas bahawa isu buli bukan kesalahan remeh, tapi jenayah serius dan tidak akan dikompromi walau di manapun.

“Ia juga akan mengurangkan budaya buli senyap yang selama ini dianggap sebagai normalisasi dalam banyak institusi,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Jelasnya, kematian Zara bukan sekadar cerita sedih tetapi adalah tragedi menyakitkan terutama jika terbukti benar bahawa zara adalah mangsa buli.

“Walaupun perkara ini masih dalam siasatan pihak berkuasa tetapi dari cerita ibu mangsa, mangsa pernah mengadu kepada ibunya bahawa dia dibuli di sekolahnya.

“Kes seperti Zara dan banyak kes-kes lain yang tular sebelum ini sama ada di sekolah atau insitusi pengajian tinggi berasrama menunjukkan buli boleh membawa kepada trauma, tekanan emosi, kecederaan serius malah boleh menyebabkan kematian.

“Tanpa undang-udang khusus banyak kes buli hanya dianggap sebagai salah laku disiplin bukan jenayah,” ujarnya.

Katanya, dalam kes Zara ini, pihak sekolah perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya bukan cuba menyembunyikan fakta memandangkan kejadian berlaku di kawasan sekolah.

“Masyarakat khususnya keluarga mangsa perlu tahu kebenaran di sebalik tragedi ini.

“Kita tidak perlukan lagi kenyataan berbaur penyesalan. Kita perlukan tindakan segera dengan penggubalan Akta Anti-Buli.

“Zara telah pergi tetapi biarlah kematiannya menjadi batas terakhir kepada kelalaian kita. Jika kita masih memilih untuk menangguh undang-undang ini, maka kita sedang membuka pintu kepada tragedi seterusnya,” katanya.

Related Posts

Lebih RM100,000 diperuntuk bagi kajian sistem perkhidmatan bas

KUANTAN – Kerajaan Pahang meluluskan peruntukan hampir RM100,000 bagi melaksanakan kajian menyeluruh terhadap sistem perkhidmatan bas di bandar raya Kuantan. Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buktikan kemampuan di tempat lawan, Sarawak sasar tawan SUKMA Selangor 2026

KUCHING – Kontinjen Sarawak diseru mempertahankan gelaran juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor, sekali gus membuktikan kemampuan sebenar atlet negeri itu di luar halaman sendiri. Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: YADIM sokong titah Yang Di-Pertuan Agong siasat tanpa kompromi

RCI Tabung Haji: YADIM sokong titah Yang Di-Pertuan Agong siasat tanpa kompromi

Lebih RM100,000 diperuntuk bagi kajian sistem perkhidmatan bas

Lebih RM100,000 diperuntuk bagi kajian sistem perkhidmatan bas

Buktikan kemampuan di tempat lawan, Sarawak sasar tawan SUKMA Selangor 2026

Buktikan kemampuan di tempat lawan, Sarawak sasar tawan SUKMA Selangor 2026

Selesai segera isu keperluan rakyat melalui projek ‘low-hanging fruits’ – Hajiji

  • By Fatin
  • August 10, 2026
Selesai segera isu keperluan rakyat melalui projek ‘low-hanging fruits’ – Hajiji

Zakat pendeposit Tabung Haji dilunaskan secara sah mengikut syarak

Zakat pendeposit Tabung Haji dilunaskan secara sah mengikut syarak

Pahang rangka dasar komprehensif tangani insiden pokok tumbang

Pahang rangka dasar komprehensif tangani insiden pokok tumbang