Eksport semikonduktor Malaysia meningkat 15.7 peratus

PUTRAJAYA – Eksport semikonduktor Malaysia kekal berdaya tahan, meningkat 15.7 peratus dalam tempoh enam bulan pertama pada tahun ini, mengatasi pertumbuhan eksport keseluruhan sebanyak 3.8 peratus, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, setiap RM1 dibelanjakan akan menjana lebih RM2 dalam hasil langsung merentasi ekonomi melalui rantaian bekalan, sektor sokongan dan pendapatan isi rumah.

“Secara keseluruhan, industri ini menjana hasil ekonomi sebanyak RM4.9 trilion pada tahun lalu, menggariskan peranannya sebagai pemangkin nasional,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Sidang Kemuncak Semikonduktor ASEAN 2025 di Petaling Jaya, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, prestasi separuh pertama 2025 jelas menunjukkan kepentingan dan daya saing Malaysia dalam sektor semikonduktor global walaupun berdepan cabaran global.

Beliau berkata, aspek yang tidak kurang penting ialah pertumbuhan ini berkembang, dari Pulau Pinang dan Selangor ke Kedah, Negeri Sembilan, Perak dan Sarawak.

Selain itu, katanya langkah ini juga bukan hanya meningkatkan prestasi pemain utama, malah hampir 1,000 perusahaan kecil dan sederhana yang membentuk asas ekosistem semikonduktornya.

“Apa yang menjadikan industri ini penting ialah impaknya yang meluas,” katanya.

Related Posts

Belanjawan 2027: Peruntukan, elaun petugas FDS perlu diperkasa – Presiden MMA

PUTRAJAYA – Keperluan peruntukan bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) untuk ditingkatkan dalam memastikan pembiayaan yang mencukupi bagi penyelenggaraan serta kemampanan perkhidmatan itu termasuk keperluan peralatan, sokongan pesawat dan operasi. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi

PUTRAJAYA –  Belanjawan 2027 perlu dimanfaatkan sebagai pemangkin transformasi ekonomi negara menerusi pengukuhan kedudukan fiskal, reformasi hasil yang lebih cekap serta penarikan pelaburan berkualiti tinggi bagi mempercepatkan peralihan Malaysia ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran