Pengumuman PMX legakan rakyat, bukti kerajaan cekal hadapi cabaran

PENGUMUMAN terkini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merangkumi pelbagai inisiatif bantuan rakyat dianggap sebagai langkah berani dan progresif dalam menangani tekanan kos sara hidup serta memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela.

Timbalan Presiden Amanah merangkap Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, langkah-langkah diumumkan Perdana Menteri bukan sahaja dialu-alukan, malah mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap cabaran semasa yang dihadapi rakyat.

Antara pengumuman yang memberikan kelegaan termasuklah penurunan harga minyak RON95, bantuan tunai Rahmah RM100 serta peluasan skim bantuan Rahmah kepada golongan sasar.

Selain itu, keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan kadar tol di lebuh raya utama turut disambut baik oleh pengguna jalan raya.

“Ketika ekonomi global dilanda ketidaktentuan, Kerajaan MADANI kekal komited melaksanakan pelbagai inisiatif berani dan realistik demi meringankan beban rakyat.

“Ini hanya dapat dilakukan oleh kerajaan yang stabil dan mengutamakan prinsip kebertanggungjawaban fiskal,”katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Dr Mujahid turut menegaskan bahawa segala manfaat yang dikecapi rakyat hari ini adalah hasil perancangan teliti, strategi perbelanjaan berhemah serta iltizam Perdana Menteri untuk memulangkan lebihan pendapatan negara kepada rakyat.

Menurutnya, meskipun Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan pelbagai tekanan politik daripada pembangkang, beliau kekal teguh, sabar dan fokus terhadap kepentingan rakyat terbanyak.

“Kerajaan tidak pernah leka, malah terus menyahut cabaran dengan tindakan nyata yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

“Malangnya, pembangkang masih memilih untuk menyerang tanpa asas, menganjurkan gerakan seperti ‘Turun Anwar’ tanpa sebarang cadangan atau solusi membina,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar seluruh rakyat mengenepikan sentimen perpecahan dan sebaliknya bersatu mempertahankan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara yang telah lama dinikmati.

“Sudah tiba masanya kita mensyukuri nikmat yang dikurniakan, bukannya terus menghukum dengan cacian dan kemarahan yang tidak membawa manfaat,” tegasnya.

Related Posts

Petronas sahkan insiden di FSO Sepat

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan mengenai satu insiden kira-kira jam 12.50 tengah hari semalam ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat di luar pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cari jalan proaktif perbaiki struktur ekonomi domestik

KUANTAN – Realiti tekanan kos sara hidup semasa memberi pilihan sama ada rakyat mahu mengeluh mengenai krisis atau bertindak secara proaktif. Pempengaruh media sosial, Wan Mahussin Wan Zain berkata, tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kendali lebih 562,000 penumpang

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kendali lebih 562,000 penumpang

Jalan selesa, jelapang padi dan pendidikan percuma bakal ubah taraf hidup penduduk Undai

Jalan selesa, jelapang padi dan pendidikan percuma bakal ubah taraf hidup penduduk Undai

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem

Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem

Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha

Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha