AMK Sabah sambut baik penghargaan PMX, beri manfaat besar kepada anak muda

KOTA KINABALU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman penghargaan khas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat memberi manfaat besar kepada anak muda.

Menurut Ketua Penerangan AMK Sabah, Mohd Nur Hilmie Milus, pengumuman ini bukan sahaja bersifat simbolik, tetapi juga membuktikan iltizam politik Kerajaan MADANI.

Jelasnya, pengumuman tersebut mengutamakan kesejahteraan rakyat melalui pendekatan dasar yang bersifat menyeluruh dan menyentuh realiti hidup keseluruhan masyarakat, khususnya anak muda.

“AMK Sabah melihat bahawa inisiatif-inisiatif yang diumumkan membawa pendekatan sentuhan mikro, iaitu langkah-langkah langsung dan praktikal yang memberi impak besar kepada kehidupan seharian rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Dalam pada itu, Hilmie berkata inisiatif seperti Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off RM100 kepada warganegara 18 tahun ke atas serta penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter membuktikan iltizam Kerajaan MADANI dalam membantu rakyat, khususnya golongan muda.

Jelasnya, pengumuman itu memberi impak langsung kepada anak muda Sabah yang bergantung kepada kenderaan sebagai pengangkutan utama dan dapat mengurangkan beban kewangan mereka.

“Hal ini adalah bukti bahawa kerajaan memahami corak hidup rakyat marhaen dan bertindak mengurangkan beban secara berfokus dan adil,” katanya.

Tambah beliau, dasar ini membuktikan kerajaan memahami corak hidup rakyat marhaen dan komited terhadap keadilan ekonomi serta reformasi berjiwa rakyat.

Dalam pada itu, Hilmie berkata pimpinan AMK Sabah termasuk Ketua-Ketua AMK Cabang seluruh Sabah percaya, ini adalah satu lagi bukti bahawa Kerajaan MADANI benar-benar komited dalam menjayakan agenda reformasi yang bersifat menyeluruh dan berjiwa rakyat. 

“Melihat anak muda Sabah sebagai sebahagian daripada generasi pewaris negara, mesti diyakini dan diberikan ruang dalam pelaksanaan dasar. 

“Golongan ini bukan lagi kelompok pinggiran, tetapi peneraju pembangunan inklusif dan pelaksana kepada dasar yang progresif,” ujarnya.

Related Posts

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali mempersoalkan kemampuan Pas dan Perikatan Nasional (PN) untuk mentadbir negara sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-16…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok