KKM bentang memorandum kepada Jemaah Menteri isu kekurangan kakitangan

PAPAR – Kementerian Kesihatan akan membentangkan nota dan memorandum kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat bagi menangani isu kekurangan kakitangan sektor kesihatan negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tindakan ini diambil susulan kekurangan tenaga kerja yang semakin meruncing di fasiliti kesihatan seluruh negara.

“Kita sedar isu kekurangan kakitangan adalah nyata. Saya mahu proses pelantikan tidak lagi ditangguh mengikut kohort demi kohort. 

“Mana-mana jawatan tetap yang tersedia, perlu terus diisi,” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas menghadiri Majlis Hari Bersama Komuniti di NADI Kampung Langkuas Papar, di sini pada Rabu.

Tambahnya, langkah mempercepatkan proses pelantikan ini turut disokong dengan usaha mengekalkan waktu kerja 42 jam seminggu bagi jururawat, Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pegawai Sains Kesihatan (MOS), sebagai sebahagian usaha menaikkan moral petugas barisan hadapan.

“Kita sedang mencari jalan untuk merapatkan jurang defisit dan membetulkan ketidakseimbangan agihan yang lama berlaku. 

“Saya mewarisi isu ini, tetapi tekad untuk menyelesaikannya secepat mungkin.

“Penyelesaian isu ini bukan sahaja melibatkan Kementerian Kesihatan, tetapi juga memerlukan kerjasama erat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

“Saya yakin perkara ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri yang amat cakna dan empati terhadap isu kebajikan petugas kesihatan,” katanya.

Related Posts

JPA siasat sebelum ambil tindakan terhadap penjawat awam, penyebar fitnah boleh dikenakan tindakan

KAMPAR – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan setiap aduan atau tuduhan yang tular di media sosial melibatkan penjawat awam akan melalui proses siasatan dan penelitian terperinci sebelum sebarang tindakan diambil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Skim Lindung 24 Jam perluas jaringan keselamatan sosial pekerja mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan skim Lindung 24 Jam yang bermula hari ini membuka lembaran baharu dalam sistem perlindungan sosial negara apabila lebih sembilan juta pencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi