11 motosikal disita, 65 saman dikeluarkan

KUCHING – Sebanyak 11 buah motosikal disita dan 65 saman dikeluarkan dalam satu operasi bersepadu membanteras aktiviti samseng jalanan yang dijalankan di sekitar Kuching, bermula malam Sabtu hingga awal pagi Ahad.

Operasi selama lapan jam itu diketuai oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS), melibatkan seramai 49 pegawai dan anggota, termasuk empat pegawai kanan, 44 anggota polis trafik, serta lima pegawai dan anggota JAS.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, antara lokasi tumpuan ialah Jalan Tun Abdul Rahman Yakob, Jalan Astana dan kawasan Masja.

“Sebanyak 11 buah motosikal disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana diubah suai dari struktur asal serta untuk tujuan pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Selain itu, seramai 40 individu dan 34 motosikal diperiksa sepanjang operasi berkenaan, manakala 65 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Tambahnya, JAS turut mengambil tindakan terhadap enam penunggang motosikal dengan mengeluarkan kompaun kerana kenderaan yang ditunggang mereka mengeluarkan bunyi melebihi had dibenarkan.

“Operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman pengguna jalan raya,” ujarnya.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak