SPRM Sabah tahan Datuk terima rasuah RM6,000 untuk Darjah Kebesaran Pahang

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk kerana dipercayai menipu seorang lelaki sehingga mendorongnya untuk membayar wang rasuah kira-kira RM6,000.

Bayaran tersebut dibuat kononnya sebagai balasan bagi membantu mendapatkan darjah kebesaran Negeri Pahang.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan sekitar pukul 12 tengah hari, pada Isnin ketika hadir di Pejabat SPRM Sabah bagi dirakam keterangan.

“Siasatan awal mendapati, suspek sekitar 2023, disyaki telah menawarkan untuk membantu pengadu mendapatkan darjah kebesaran bergelar Datuk dari Negeri Pahang sedangkan tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

“Suspek secara tidak jujur telah mendorong pengadu memindahkan wang kira-kira RM6,000 bagi pembelian aksesori baju istiadat konon bertujuan untuk mendapatkan darjah kebesaran berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan terhadap suspek dan berkata suspek bagaimanapun dilepaskan selepas membayar deposit tunai RM5,000 daripada RM10,000 wang jaminan yang dikenakan ke atasnya.

Jelasnya, suspek akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu pada Khamis ini di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Related Posts

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

TAPAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, akan diperkukuhkan dengan penglibatan komuniti Orang Asli bagi membantu usaha mengesan mangsa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

KANGAR – Polis memulakan siasatan awal berhubung video tular yang memaparkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dipercayai menembak seekor lembu ketika program korban di Kuala Perlis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya