Kelibat Exco Terengganu tak kelihatan di Program MADANI Rakyat, krisis dengan MB?

PROGRAM MADANI Rakyat peringkat negeri Terengganu yang berlangsung di Pasar Payang selama tiga hari sememangnya meriah dengan kehadiran para pengunjung dari segenap negeri.

Bahkan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama barisan Kabinet dan kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam menambahkan lagi kehangatan program yang berlangsung.

Namun begitu hanya Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilihat mewakili Kerajaan Negeri Terengganu menyambut Perdana Menteri dan juga rombongan Kerajaan Persekutuan.

Langsung tidak kelihatan kelibat barisan Exco Kerajaan Negeri di majlis penutup Program MADANI Rakyat.

“Doh guane pah larak sorang exco takdok ning, tinggal MB sorang sambut PM, pah mana exco blake ning?”

Dengan pelbagai projek dan juga inisiatif yang diumumkan kepada rakyat Terengganu dalam ucapan Perdana Menteri, ketiadaan Exco dilihat satu kejanggalan.

“YB Hanapiah ade gok turun di Tasik Kenyir, program sebelum di Pasor Payang. Di Pasor Payang ning pah sorang Exco takdok sambut PM, doh guane gitu? PM umum macam-macam ke anok Terengganu, pah tok hadir, tok sudi ke guane?”

Mungkinkah ada barisan Exco sedang berkrisis dengan MB Terengganu setelah melihat tindakan Dr Samsuri yang mula lunak dengan pentadbiran Kerajaan Persekutuan?

“Doh guane gitu, ade hok dok berahi MB Dokter Seng baik nge Kerajaan MADANI ke?”

Tambahan dengan pemilihan Pas yang semakin hampir, keadaan ini mungkin dilihat sebagai penolakan kepada kepimpinan Dr Sam sebagai Menteri Besar Terengganu.

Mungkin akan berlaku pertukaran Menteri Besar Terengganu selepas pemilihan Pas September ini?

Related Posts

JKOM masuk fasa baharu: Masa kuasai naratif, bukan sekadar jawab tuduhan

PELANTIKAN Mohd Hisyamuddin Ghazali sebagai Ketua Pengarah baharu Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) pada 8 Jun 2026 dilihat sebagai titik perubahan penting dalam landskap komunikasi kerajaan. Dalam era ledakan media sosial,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan ummah atau perceraian politik?

‘PERPADUAN Ummah’ ialah antara slogan paling kerap diulang oleh Pas dalam dua dekad terakhir. Ia kedengaran mulia, menyentuh emosi umat Islam dan memberikan gambaran bahawa Pas ialah parti yang sentiasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu