RM200 juta diluluskan bagi tangani hakisan pantai di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi mempercepat pelaksanaan kerja-kerja menangani masalah hakisan pantai di negeri Terengganu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, kelulusan tersebut diberikan secara serta-merta selepas isu berkenaan dibangkitkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dalam pertemuan bersama beliau.

Anwar berkata, ucapan tahniah harus diberikan kepada jabatan yang terlibat, khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) yang telah mengambil tindakan pantas dalam usaha menyelamatkan kawasan pantai yang terjejas akibat hakisan.

Dalam ucapannya, Anwar turut menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam menyokong pembangunan negeri, termasuk Terengganu, dan menolak tohmahan yang mendakwa sebaliknya.

“Jadi saya ambil kesempatan ini untuk menjelaskan kerana kadang-kadang apa yang kita lakukan ini berbeza dengan apa yang disinggung di luar.

“Jadi… perbezaan (pendapat) itu dibolehkan, tetapi fitnah dan sikap yang negatif itu tidak dibenarkan, kerana ia bercanggah dengan apa yang berlaku.

“Jangan terpengaruh dengan dakwaan kerajaan Persekutuan tidak bantu Terengganu dalam aspek pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Pembangunan Solar Terapung Hidro Hibrid dan Hab Hidrogen Hijau di Terengganu, di Stesen Janakuasa Sultan Mahmud, Kenyir, di sini, hari ini.

Peruntukan segera yang diluluskan itu dijangka dapat mempercepat pelaksanaan projek-projek mitigasi hakisan pantai yang telah dikenal pasti, sekali gus memberikan perlindungan kepada kawasan pesisir serta memelihara kesejahteraan rakyat setempat.

Turut hadir, Ahmad Samsuri; Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Pengerusi TNB Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid; Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Bakke Salleh; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

Related Posts

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

IPOH – Kerajaan MADANI bersedia meningkatkan kadar bantuan kepada rakyat menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekiranya kedudukan ekonomi negara terus mengukuh serta kewangan kerajaan mengizinkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan JKR Sarawak bagi penubuhan Makmal MyBIM Malaysia sebagai langkah memperluaskan penggunaan teknologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia