Jambatan, jalan raya baharu beri manfaat lebih 2,000 penduduk Mukim Kaiduan

PAPAR – Pembinaan jambatan baharu dan naik taraf jalan raya utama ke Mukim Kaiduan memberi nafas lega kepada lebih 2,000 penduduk selepas terpilih sebagai Kampung Angkat MADANI oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau, Datuk Juil Nuatim, pembinaan projek tersebut bukan sahaja menyelesaikan masalah perhubungan semasa musim hujan, malah membuka peluang baharu kepada penduduk, termasuk dalam sektor pelancongan.

Jelasnya, sekiranya musim hujan dan banjir berlaku, penduduk kampung tersekat dan tidak dapat keluar dari kawasan tersebut.

“Keraguan dan kerisauan penduduk kampung telah berkurang selepas pembinaan jambatan dan semua penduduk boleh sesuka hati keluar masuk walaupun hujan.

“Orang kampung dapat manfaat daripada jalan yang bagus, kemudian jambatan yang ada ini boleh meningkatkan lagi pendapatan hasil melalui pelancongan,” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Perasmian Kampung Angkat MADANI di Sekolah Kebangsaan Kaiduan, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan pemilihan kampung ini banyak membawa manfaat apabila penduduk kampung menerima Inisiatif Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) memberi mereka peluang membuka pusat pelancongan.

“Orang kampung mula berebut-rebut mewujudkan pusat pelancongan dan kita dapat lihat penduduk kampung sendiri yang mendapat peruntukan daripada SejaTi MADANI yang RM100,000 dan mereka dapat membuka untuk mewujudkan pusat pelancongan,” katanya.

Jelasnya, jalan utama sejauh 17 kilometer (km) ke kawasan Kaiduan yang sedang dinaik taraf ini menggunakan peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak RM87 juta dan dijangka siap Ogos ini.

“Jalan ini sejak dari tahun 2004 telah kita suarakan dan sepatutnya telah dibina dari dulu lagi tapi mungkin peruntukan tidak mencukupi.

“Kini, ada peruntukan daripada persekutuan dan telah dinaik taraf pada tahun 2022 yang menelan belanja lebih kurang RM87 juta sejauh 17 km dan dijangka siap dalam bulan Ogos ini dan lebih kurang 98 peratus untuk siap,” katanya.

Tambah beliau, usaha menaik taraf jalan tersebut turut didorong oleh keperluan mendesak dari segi keselamatan dan ekonomi penduduk kampung.

“Sebab inilah, saya menyuarakan di dalam DUN berkali-kali sejak tahun 2021 kerana bimbang tahap keselamatan penduduk apabila ada jalan rosak, ada yang jatuh daripada bukit sekali gus barang-barang atau hasil pertanian rosak dan tidak dapat dipasarkan ke pekan.

“Jadi itulah kita mahu supaya ini dapat disegerakan dan ketika itu Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan telah memaklumkan kepada saya bahawa projek tersebut akan dilaksanakan dan yang nyata sekarang sudah siap.

“Kita berterima kasih juga kepada Kerajaan Persekutuan yang meluluskan dan kini di bawah usaha Kerajaan GRS,” katanya.

Related Posts

SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

TAWAU – Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dijangka terus diberi keutamaan kerajaan dalam Belanjawan 2027 walaupun negara berdepan ketidaktentuan ekonomi global. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

SANDAKAN – Program ‘Car Boot Sale’ (CBS) di pusat bandar Sandakan dapat membuka peluang kepada peniaga tempatan dan golongan belia mencuba pendekatan perniagaan yang lebih santai, kreatif dan fleksibel. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

  • By Fatin
  • August 17, 2026
SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

  • By Fandi
  • August 17, 2026
‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua