Malaysia sokong inisiatif teknologi cegah Tibi di Palestin

KETIKA Palestin terus diuji dengan konflik dan kesukaran hidup, seorang anak kelahiran Palestin tampil membawa sinar harapan menerusi teknologi yang berpotensi menyelamatkan nyawa dan meningkatkan kesihatan masyarakat.

Nidaa Awawda, Ketua Projek di Palestine Al Hub, telah membangunkan satu projek teknologi pintar yang bertujuan untuk meramal dan mencegah penularan penyakit tuberkulosis (TB) di Palestin. Projek berkenaan kini berjaya disenarai pendek sebagai salah satu daripada 20 projek terbaik dunia dalam kategori individu di WSIS Prize 2025, yang berlangsung di Geneva.

Menurut Nidaa, idea tersebut tercetus daripada pengalaman peribadinya sendiri yang pernah menghidap polio semasa kecil. Pengalaman itu menjadi dorongan kuat untuk beliau berusaha mencari solusi bagi penyakit berjangkit yang terus membelenggu masyarakat Palestin.

Dalam satu pertemuan bersama delegasi Malaysia di WSIS 2025, Nidaa memaklumkan bahawa beliau digalakkan oleh pemimpin komuniti serta rakan-rakan di Palestin untuk memohon sokongan Malaysia dalam pembangunan lanjut projek berkenaan. Antara bentuk sokongan yang dimohon termasuklah perkongsian kepakaran teknologi dan komunikasi.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, yang turut hadir di pentas WSIS, menyambut baik inisiatif tersebut dan menyatakan kesediaan pihak Malaysia untuk menghulurkan kerjasama strategik.

“Saya mengalu-alukan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi, khususnya dalam aspek perkongsian kepakaran dan teknologi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambah beliau, Malaysia bersedia memberi sokongan kepada anak-anak muda Palestin dalam merealisasikan impian mereka untuk membina masa depan yang lebih selamat, bermaruah dan merdeka selaras dengan semangat solidariti antara rakyat Malaysia dan Palestin.

WSIS Prize, anjuran Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), merupakan platform pengiktirafan kepada projek-projek digital dan teknologi dari seluruh dunia yang memberi impak positif kepada pembangunan masyarakat sejagat.

Related Posts

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

IPOH – Kerajaan MADANI bersedia meningkatkan kadar bantuan kepada rakyat menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekiranya kedudukan ekonomi negara terus mengukuh serta kewangan kerajaan mengizinkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan JKR Sarawak bagi penubuhan Makmal MyBIM Malaysia sebagai langkah memperluaskan penggunaan teknologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia