‘OPR naik rakyat terbeban, turun pun dikata terbeban, Pas parti serba salah’

PENGUMUMAN Bank Negara mengenai pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) baharu pada 9 Julai lalu dengan menurunkan kadar kepada 2.75 peratus bagi menangani cabaran ekonomi semasa mendapat perhatian dari pelbagai pihak.

Penurunan kadar OPR itu juga turut mendapat perhatian dari Pas dengan menyatakan penurunan OPR itu akan terus membebankan rakyat.

Menurut Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, sebenarnya pemahaman Pas mengenai OPR sangat mengelirukan, mereka tak pasti sama ada ia merupakan ubat atau pun penyakit.

Katanya, penurunan OPR adalah ubat kepada ekonomi yang perlahan dan membantu rakyat yang terbeban dengan hutang dan bukannya menjadi beban seperti yang dilaungkan oleh Pas hari ini.

“Apabila OPR diturunkan, kadar faedah pinjaman perumahan, kenderaan dan perniagaan turut menurun. Ini secara tidak langsung mengurangkan beban rakyat terutama mereka yang berhutang dengan bank.

“Ini termasuklah golongan M40 dan B40 yang terkesan dengan kos sara hidup. Apabila OPR turun, ansuran pinjaman rumah, kereta dan perniagaan akan menjadi lebih murah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam masa itu juga, Mahfuz berkata, penurunan OPR juga bertujuan merangsang ekonomi dengan menggalakkan aktiviti pelaburan dan perbelanjaan.

“Bagi perniagaan kecil dan sederhana ia merupakan rahmat kerana mendapat pinjaman lebih murah, menjana lebih banyak pekerjaan dan menyokong pertumbuhan ekonomi rakyat.

“Ini jelas penurunan OPR yang dilakukan oleh Kerajaan MADANI hari ini merupakan langkah membantu rakyat dan bukannya membebankan rakyat,” jelasnya.

Mahfuz berkata, penurunan OPR itu juga turut merancakkan lagi pelaburan negara dan bukan hanya sekadar angka sahaja.

“Memang tidak dinafikan sebahagian pelaburan masih dalam bentuk komitmen tetapi itu proses biasa. Apakah Pas mahu Malaysia duduk diam dan tidak berusaha menarik pelaburan asing langsung (FDI)?

“Kerajaan MADANI adalah kerajaan yang bekerja, sepatutnya Pas/PN menjadi pembangkang yang membina tetapi sebaliknya hanya bercakap dan menyalak sahaja tanpa mengangkat ekonomi Malaysia hari ini,” ujarnya.

Menurutnya, apabila OPR diumumkan sudah pasti menjadi rahmat kepada rakyat Malaysia hari ini kerana apabila OPR rendah, rakyat mempunyai perbelanjaan yang lebihan untuk berbelanja.

“Ini sudah pasti merancakkan ekonomi domestik dan nasihat ‘kawal hutang, kawal belanja’ bukanlah idea baharu, malah sudah lama ditekankan oleh kerajaan selama ini,” katanya.

Dalam persoalan ekonomi hari ini siapa sebenarnya tiada idea bagi membantu rakyat Malaysia hari ini.

Pas sering mengulang-ulang ucapan retorik ‘harga barang naik’ dan kos sara hidup turut meningkat setiap kali ada ruang, tetapi mereka sendiri pun tiada pelan tindakan konkrit.

“Zaman mereka dalam kerajaan, inflasi tetap berlaku. Bila mereka gagal kawal harga ayam dan minyak, mereka salahkan orang lain juga.Bagaimanapun tiada sebarang usaha yang berkesan dilakukan hingga pada masa itu rakyat sangat menderita.

“Sebenarnya yang pasti Pas hari ini hanya mahu memburukkan usaha Kerajaan MADANI semata-mata. Apabila OPR turun mereka akan bising dan begitulah juga jika OPR naik mereka akan buat bising juga.

“Begitu juga subsidi disasar mereka turut membantah dan subsidi pukal juga mereka akan kata tidak cukup. Turun salah dan naik pun salah dan Pas hari ini berada dalam keadaan serba salah tiada hala tuju sebenarnya,” katanya.

Kesimpulannya hari ini apa sebenarnya pendirian Pas?

Kerajaan MADANI berusaha mencari jalan seimbang dan bukannya populis.

Seandainya Pas ada dasar ekonomi lebih baik, sila kemukakan demi kebaikkan rakyat Malaysia dan bukan hanya berpantun di media sosial sahaja.

Related Posts

‘Selama ini kita silap tentang Anwar’ – Anetha

RAMAI sebelum ini menganggap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melakukan perubahan yang mencukupi, sedangkan Perdana Menteri berdepan pelbagai cabaran termasuk sokongan politik yang tidak kukuh, kerajaan gabungan serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan sorok kes buli demi jaga imej sekolah – Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak pentadbiran sekolah supaya tidak menyembunyikan kes buli semata-mata bagi menjaga imej atau prestasi institusi pendidikan. Beliau berkata, walaupun keadaan dilihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin

Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin

Citrawarna 2026 kembali selepas sedekad perkukuh promosi pelancongan budaya negara

Citrawarna 2026 kembali selepas sedekad perkukuh promosi pelancongan budaya negara