Pelan SMJ capai prestasi cemerlang, kadar pelaksanaan hampir 100%

KOTA KINABALU – Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ 1.0) bagi tempoh 2021 hingga 2025 mencatat pencapaian membanggakan apabila mencapai kadar pelaksanaan 94 peratus daripada keseluruhan 467 inisiatif yang dirangka Kerajaan Negeri.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, sebanyak 366 inisiatif telah dilaksanakan sepenuhnya iaitu 100 peratus sehingga Mei 2025, membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam membawa pembangunan holistik kepada rakyat Sabah.

“Pertumbuhan ekonomi negeri Sabah sentiasa bergerak secara positif dan bertambah setiap tahun.

“Tahun 2020 adalah berjumlah RM77.8 bilion; Tahun 2021 berjumlah RM78.7 bilion; Tahun 2022 berjumlah RM82.1 bilion; Tahun 2023 berjumlah RM83.2 bilion dan tahun 2024 berjumlah RM84.3 bilion.

“Jumlah perdagangan negeri Sabah pula telah melepasi angka RM100 bilion pada tahun 2022 dengan mencatatkan jumlah perdagangan tertinggi iaitu berjumlah RM118 bilion, meningkat sebanyak RM30.8 bilion berbanding jumlah perdagangan yang direkodkan iaitu RM87.2 bilion pada tahun 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan ADUN Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yasmin dalam persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Tahun 2025 Dewan Undangan Negeri Ke-16, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, usaha ini juga dibuktikan oleh Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin yang berkata, perdagangan Sabah kekal kukuh apabila mencatat jumlah dagangan sebanyak RM107.8 bilion pada tahun 2024, sekali gus melepasi paras RM100 bilion bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2022.

Jelas Nizam, pendapatan negeri telah meningkat dan seterusnya belanjawan negeri dapat dipertingkatkan dari tahun ke tahun.

“Sepanjang tahun 2021 hingga 2024 Kerajaan Negeri telah berupaya menjana pendapatan RM26.224 bilion.

“Pendapatan negeri dari tahun 2020 hingga 2024 Tahun 2020 dengan jumlah RM3.591 bilion; Tahun 2021 dengan jumlah RM5.449 bilion; Tahun 2022 dengan jumlah RM6.960 bilion; Tahun 2023 dengan jumlah RM6.973 bilion; dan Tahun 2024 dengan jumlah RM6.842 bilion,” katanya yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas.

Tambahnya, pencapaian Pelan SMJ 1.0 yang memfokuskan sektor utama dalam pertumbuhan ekonomi seperti sektor pertanian, sektor perindustrian dan sektor pelancongan.

Selain itu, katanya, faktor peningkatan pendapatan ini juga melalui hasil daripada Commercial Collaboration Agreement antara Kerajaan Negeri dengan Petronas yang berprinsip kan ‘Greater Say, Greater Participation, Greater Revenue’.

Related Posts

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

SARATOK – Sepasang kekasih ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di Kampung Gerigat, Kabong, pada Selasa. Kedua-dua suspek masing-masing lelaki tempatan berusia 31 tahun dari Kampung Nyabor dan wanita tempatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

SIBU – Seorang wanita warga emas berusia 78 tahun dilaporkan hilang dipercayai selepas keluar menuju ke kawasan kebun berhampiran Rumah Philip Kayak, Durin pada petang Rabu. Pusat Gerakan Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

AI bantu Selangor kesan pola aduan banjir, sampah haram dan jalan berlubang

AI bantu Selangor kesan pola aduan banjir, sampah haram dan jalan berlubang