NGO akan adakan Himpunan Aman Berdiri Anwar pertahan PMX di Cherok Tok Kun

SEBUAH pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan satu himpunan aman pada 11 Julai ini bagi mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Tambun.

Program dinamakan Himpunan Aman Berdiri Anwar atau #BENTENG itu dijadual bermula jam 4.30 petang dan akan berlangsung di kediaman keluarga Perdana Menteri di Cherok Tok Kun, Pulau Pinang.

Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan Sekretariat Bara Juang Negara, himpunan tersebut bertujuan menunjukkan solidariti rakyat yang yakin dengan kepimpinan Anwar serta mahu mempertahankan usaha kerajaan membina semula negara.

“Himpunan ini akan menjadi satu isyarat jelas kepada pihak pembangkang bahawa rakyat Malaysia yakin dengan kepimpinan PMX yang sedang berusaha memperbaiki segala kerosakan yang ditinggal oleh kerajaan-kerajaan yang lepas serta memacu negara ke keadaan yang lebih baik,” katanya.

Peserta yang hadir diminta memakai baju merah serta lilitan putih di lengan kanan sebagai simbol solidariti, amanah perjuangan secara damai, serta komitmen terhadap integriti dan keadilan.

Pihak penganjur turut menasihatkan peserta agar tidak membawa bendera parti, sebaliknya membawa plakad yang mempamerkan mesej mempertahankan Anwar, menjawab isu semasa, serta menolak budaya fitnah.

Himpunan ini dilihat sebagai reaksi balas terhadap penganjuran Himpunan Turun Anwar oleh pembangkang yang berlangsung di Shah Alam minggu lalu.

Dengan slogan ‘Berdiri Anwar, Pulihkan Negara’ dan ‘Rakyat Bersama Anwar, Malaysia Selamat, pihak penganjur mahu menyampaikan mesej bahawa rakyat tidak mudah dipengaruhi budaya kebencian, sebaliknya kekal menyokong usaha pembaharuan yang sedang digerakkan kerajaan.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli