PM zahir penghargaan kepada warga Maritim Sabah dalam Program Jejak Wira MADANI

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas jasa dan pengorbanan anggota Maritim di Sabah menerusi program Jelajah Wira MADANI yang diadakan di pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, di sini pada Isnin.

Dalam jelajah tersebut, Setiausaha Politik Kanan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menyerahkan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada anggota Maritim, pesara dan ahli keluarga.

“Sebagai tanda penghargaan dan sokongan moral terhadap komitmen mereka menjaga keselamatan perairan negara. Ini bukan sekadar bantuan atau program simbolik.

“Ia merupakan sebahagian daripada pendekatan Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan, rasa hormat dan pengiktirafan terhadap peranan penting agensi keselamatan negara,” katanya ketika ditemui wartawan TMP.

Menurutnya, inisiatif seperti Jejak Wira MADANI penting untuk menyantuni dan menghargai para anggota keselamatan yang berkhidmat di barisan hadapan.

“Inilah Wira-wira MADANI yang harus kita hargai, sebab itulah Perdana Menteri mengambil langkah menyantuni mereka melalui program ini,” katanya.

Tambah Shamsul, program tersebut akan diperluaskan kepada agensi lain termasuk Jabatan Sukarela Malaysia (RELA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh semangat perkhidmatan awam serta menjaga kebajikan anggota keselamatan secara berterusan.

Katanya, Jejak Wira MADANI dilihat sebagai wadah penyatuan antara masyarakat dan institusi keselamatan negara melalui penghargaan yang telus dan berterusan.

Dalam pada itu, Shamsul berkata ini sebagai tanda kasih dan sayang Perdana Menteri menerusi sumbangan dana kepada Maritim Malaysia.

Jelasnya, program tersebut akan dijadualkan pada 27 Julai ini di Pejabat Operasi Maritim Malaysia di Sandakan.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung