Pertambahan kerusi DUN perkukuh suara rakyat, seimbangkan kawasan – ADUN Bukit Assek

KUCHING – Penambahan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan dan memperluas representasi rakyat secara lebih menyeluruh di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Chieng Jin Ek berkata, sistem 82 kerusi yang digunakan sejak 2014 kini tidak lagi mencukupi untuk memenuhi keperluan semasa, apatah lagi dasar kerajaan semakin kompleks dan tuntutan rakyat kian meningkat.

“Ramai ADUN yang mewakili kawasan besar atau berpenduduk padat kini berdepan beban tugas yang tinggi. Apabila seorang wakil rakyat perlu menjaga puluhan ribu pengundi di kawasan yang luas dan berselerak, ia menjadi cabaran besar untuk berhubung secara bermakna dengan setiap komuniti,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keanggotaan) 2025 pada Mesyuarat Khas DUN Sarawak pada Isnin.

RUU tersebut mencadangkan pertambahan 17 kerusi baharu menjadikan jumlah keseluruhan DUN Sarawak sebanyak 99 kerusi.

Chieng berkata, langkah itu bukan sekadar soal angka, tetapi berkait rapat dengan kecekapan tadbir urus dan keberkesanan perwakilan.

“Penambahan kerusi ini bertujuan memastikan rakyat bukan sahaja diwakili, tetapi diwakili secara efektif. Tadbir urus perlu dibawa lebih dekat kepada rakyat, manakala penyampaian perkhidmatan perlu dilaksanakan secara cekap, pantas dan berasaskan keperluan setempat,” jelasnya.

Tambah beliau, pembangunan pesat di Sarawak khususnya dalam sektor ekonomi digital, tenaga hijau, perdagangan karbon dan koridor ekonomi wilayah menuntut perhatian dan representasi yang lebih seimbang, termasuk di kawasan luar bandar.

“Kawasan pedalaman yang dahulunya dianggap sukar dicapai kini menjadi tumpuan utama dalam pembangunan infrastruktur, pendidikan, penjagaan kesihatan dan ekonomi. Namun, tanpa wakil yang mencukupi, pembangunan itu berisiko mewujudkan ketidakseimbangan,” ujarnya.

Justeru, katanya, penambahan kerusi DUN dilihat mampu membuka ruang kepada suara rakyat dari pelbagai kawasan baik pedalaman, pesisir, tanah tinggi mahupun bandar untuk didengari dengan lebih jelas dan tersusun pada peringkat DUN.

RUU berkenaan turut disifatkan sebagai usaha menyelaras struktur perundangan negeri dengan perkembangan semasa, sejajar pertumbuhan demografi dan aspirasi pembangunan menyeluruh di Sarawak.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja berdepan hukuman penjara, sebat

KANGAR – Seorang pempengaruh media sosial berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

KUALA KURAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Kuala Kurau menahan sebuah bot kargo yang membawa muatan kayu bakau bersama tiga kru warga Indonesia selepas disyaki melakukan pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja berdepan hukuman penjara, sebat

Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja berdepan hukuman penjara, sebat

Enggan berubah, budaya rasuah cabaran terbesar reformasi negara – Anwar

Enggan berubah, budaya rasuah cabaran terbesar reformasi negara – Anwar

DAP tidak akan bergerak solo, perlukan gabungan

DAP tidak akan bergerak solo, perlukan gabungan

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah