Fahmi ketuai delegasi Malaysia ke Sidang WSIS+20 di Geneva

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Masyarakat Bermaklumat+20 Acara Peringkat Tinggi (WSIS+20) yang berlangsung dari 7 hingga 11 Julai 2025 di Geneva, Switzerland.

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Komunikasi hari ini, penyertaan Malaysia dalam WSIS+20 adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI untuk memperkukuh ekosistem teknologi komunikasi negara yang inklusif, mampan dan seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Penyertaan ini membawa pelbagai manfaat strategik kepada negara, termasuk pengiktirafan global terhadap kepimpinan Malaysia dalam peluasan capaian internet di kawasan luar bandar, keterangkuman teknologi komunikasi serta inisiatif memperkasakan celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) rakyat, selaras dengan nilai kesejahteraan yang didukung oleh Malaysia MADANI,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam sidang berprestij anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, Malaysia turut mengambil peluang memperkenalkan beberapa inisiatif utama negara seperti Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai pencapaian penting dalam usaha mendigitalkan masyarakat dan memperluas jaringan komunikasi negara.

WSIS merupakan platform antarabangsa yang menghimpunkan pemimpin dunia bagi memperkasa penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembangunan mampan.

Sidang ini merangkumi 11 bidang tumpuan utama dalam Garis Tindakan WSIS, antaranya infrastruktur digital, pembangunan kapasiti, keselamatan siber dan persekitaran sokongan.

Dalam perkembangan berkaitan, WSIS turut memperkenalkan Anugerah WSIS sejak tahun 2012 bagi mengiktiraf projek teknologi berimpak tinggi di peringkat global.

Sehingga kini, sebanyak 234 pemenang dan 648 juara telah menerima pengiktirafan berprestij ini.

Sepanjang berlangsungnya WSIS+20, Fahmi dijadualkan mengadakan lebih daripada 10 mesyuarat dua hala bersama rakan sejawat dari pelbagai negara termasuk United Kingdom, Arab Saudi, Poland, Somalia, Greece, Rusia dan Algeria. Beliau juga dijadualkan mengadakan pertemuan khas bersama Setiausaha Agung Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Doreen Bogdan-Martin.

Penyertaan Malaysia dalam WSIS+20 dijangka dapat mengukuhkan peranan negara sebagai peneraju serantau dalam transformasi teknologi komunikasi serta memperluas kerjasama strategik dengan komuniti antarabangsa dalam bidang digital.

Related Posts

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

AHLI Parlimen Kampar, Chong Zhemin mendesak Pas tampil memberikan penjelasan berhubung kegagalan parti itu mengesan krisis kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2016 serta tindakan keluar daripada sidang khas Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?