SAPP masih runding agihan kerusi PRN17 Sabah

SANDAKAN – Parti Maju Sabah (SAPP) masih dalam proses rundingan bersama pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menentukan jumlah dan lokasi kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Presidennya, Datuk Yong Teck Lee berkata, rundingan tersebut melibatkan parti-parti komponen lain dalam GRS, termasuk kerusi di kawasan utama seperti Sandakan, Tanjong Papat, Elopura dan Batu Sapi.

“Di Sandakan, sekurang-kurangnya satu kerusi akan ditandingi oleh SAPP.

“Rundingan masih berjalan, bukan sahaja untuk Sandakan malah juga di kawasan lain seperti Kota Kinabalu, Pantai Timur dan Pantai Barat,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan SAPP Zon Sandakan di Sanbay Hotel, di sini pada Ahad.

Mengulas mengenai keyakinan parti itu dalam menghadapi PRU akan datang, Yong menyatakan bahawa trend politik semasa menunjukkan peningkatan sokongan terhadap parti-parti tempatan berbanding parti dari Semenanjung.

“Gambaran besar yang kita lihat sekarang ialah jajaran antara parti lokal dan Malaya.

“Trend ini menunjukkan kelebihan kepada parti lokal seperti SAPP yang telah wujud lebih 30 tahun di Sabah. Hari ini sahaja kita baru sahaja sambut ulang tahun ke-31,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa jajaran politik atau ‘alignment’ antara parti-parti tempatan dan nasional adalah perkara biasa dalam landskap politik Sabah.

“Dalam gambaran besar ini, pelbagai alignment berlaku di sini dan di sana. Tetapi sebagai parti lokal, momentum semasa adalah menyebelahi kita,” tambahnya.

Ditanya sama ada beliau sendiri akan bertanding pada PRU akan datang, Yong menyatakan bahawa keputusan tersebut belum diputuskan dan akan bergantung kepada keseluruhan strategi parti.

“Itu belum tahu lagi. Kita perlu lihat keseluruhan gambaran dahulu.

“Bagi saya, sama ada bertanding atau tidak bukan isu utama. Yang penting kita tahu di mana dan berapa kawasan kita akan bertanding, barulah kita buat keputusan,” jelas beliau.

Related Posts

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

KERALAM (INDIA) – Kestabilan Kerajaan Perpaduan terus menjadi keutamaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani perbezaan pandangan berhubung kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan UMNO. Anwar yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan