Dakwaan ahli PKR keluar parti adalah tidak benar – Shamsul Iskandar

KOTA KINABALU – Dakwaan bahawa PKR kini sedang bergolak dengan isu keluar parti selepas pemilihan baru-baru ini adalah tidak benar. 

Menurut Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, penyebaran dakwaan dan fitnah tersebut dilihat sebagai usaha pihak tertentu yang tidak berpuas hati untuk mencacatkan keutuhan PKR.

“Mereka yang menyebarkan dakwaan ini dan fitnah ini tujuannya adalah untuk mencacatkan keutuhan PKR selepas daripada pemilihan kerana kita tahu pemilihan berlaku baru-baru ini ada yang kalah, ada yang menang.

“Dan Presiden Parti iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri telah memberikan satu pengarahan yang jelas dalam setiap jelajah yang beliau turun bahawa mereka yang menang itu mesti menjalankan amanah dan merangkul mereka yang kalah.

“Merangkul dalam erti kata membawa mereka untuk bersama-sama berperanan di dalam parti,” katanya ketika ditemui wartawan TMP selepas merasmikan Kursus Akademi Kenegaraan Khas di Sky Hotel, di sini pada Ahad. 

Tegasnya, setakat ini tidak berlaku sebarang kejadian keluar parti seperti yang didakwa.

“Jadi saya yakin kalangan-kalangan yang menyebarkan fitnah bahawa berlaku mereka yang lompat parti atau keluar dari parti pada saya itu tidak berlaku sama sekali.

“Dan saya yakin apa yang dilaporkan di dalam media itu lebih kepada bersifat pentadbiran yang telahpun dijawab oleh Setiausaha Agung bahawa ada kalangan yang tidak berpuas hati dan sebagainya, mereka menggunakan saluran parti untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka,” ujarnya. 

Justeru itu, beliau berkata isu tersebut akan ditangani secara dalaman dan tidak memberi gambaran bahawa seolah-olah PKR telah hilang pengaruh dan tidak lagi disukai oleh anggotanya. 

Tambahnya, sokongan terhadap Perdana Menteri adalah masih kukuh dan tidak berubah.

Related Posts

Nurul Izzah diberi cuti sementara, Saifuddin jalankan tugas Timbalan Presiden PKR – Fahmi

KUALA LUMPUR – Jangkaan mengenai rombakan kepimpinan PKR yang dilaporkan sejak awal hari ini terjawab apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu memutuskan memberi cuti sementara kepada Timbalan Presidennya, Nurul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan kekal stabil, perkembangan politik negeri tidak jejas kerjasama – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kerjasama antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan kekal kukuh dan stabil meskipun berlaku perkembangan politik di beberapa negeri termasuk Johor dan Negeri Sembilan. Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Nurul Izzah diberi cuti sementara, Saifuddin jalankan tugas Timbalan Presiden PKR – Fahmi

Nurul Izzah diberi cuti sementara, Saifuddin jalankan tugas Timbalan Presiden PKR – Fahmi

Kerajaan Perpaduan kekal stabil, perkembangan politik negeri tidak jejas kerjasama – Fahmi

Kerajaan Perpaduan kekal stabil, perkembangan politik negeri tidak jejas kerjasama – Fahmi

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat