Sindiket jual MC palsu dijual dengan harga RM25 hingga RM30 terbongkar

SUNGAI PETANI – Tindakan seorang anggota polis yang kerap mengambil cuti sakit membongkar kegiatan sindiket penjualan sijil cuti sakit (MC) palsu di daerah Kuala Muda sejak dua tahun lalu.

Sindiket yang didalangi tiga lelaki termasuk pesakit jantung dan bekas deejay itu tumpas selepas polis menyerbu sebuah premis di Taman Songket, di sini pada 26 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, siasatan dalaman dilakukan ke atas anggota terbabit dengan pihaknya turut menerima maklumat daripada seorang pegawai perubatan kerajaan yang meragui kesahihan MC dikemukakan.

Katanya, hasil serbuan menemukan 20 keping MC palsu, tablet, komputer riba, mesin pencetak, cop nama doktor serta kertas A4 yang dipercayai digunakan untuk menghasilkan MC palsu tersebut.

“Seorang lelaki berusia lewat 40-an yang merupakan bekas deejay majlis kahwin mengaku menjual MC palsu tanpa perlu menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan juga mendapati MC palsu dijual kepada individu tertentu termasuk penjawat awam pada harga antara RM25 hingga RM30 bagi satu hari cuti.

“Suspek dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak dua tahun lalu dan menggunakan nama doktor yang pernah merawatnya untuk menghasilkan MC palsu dengan butiran jawatan yang direka sendiri.

“Setiap kali suspek mendapatkan rawatan di hospital, dia akan mengingati nama doktor itu untuk digunakan pada cop nama, jadi kebanyakan nama yang digunakan pada cop nama itu nama doktor sebenar, namun jawatannya tidak tepat,” ujarnya.

Katanya, penjualan MC itu hanya dilakukan di sebuah kedai makan berdekatan hospital.

Tambahya, susulan tangkapan pertama, dua lagi lelaki berusia lingkungan 30-an turut ditahan dipercayai menjadi orang tengah bagi membantu mendapatkan pelanggan yang mahu membeli MC palsu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 468 Kanun Keseksaan,” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar