Kes rasuah lombong Sabah: Albert Tei disaran henti putar belit fakta

PUTRAJAYA – Tuduhan ahli perniagaan, Chieng Albert Tei Jiann bahawa dirinya hanyalah kambing hitam dan wujudnya tekanan politik selepas didakwa berhubung kes rasuah membabitkan lesen perlombongan di Sabah disifatkan sebagai cubaan dalam memesongkan fakta sebenar.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, tindakan itu boleh menggugat keyakinan orang ramai terhadap usaha pelbagai pihak dalam membanteras rasuah secara holistik.

Menurutnya, semua pihak tanpa mengira kedudukan dan status seharusnya menghadapi proses undang-undang secara telus.

“Dakwaan Albert Tei kononnya beliau hanya ‘ikan bilis’ manakala ‘jerung’ bebas hanyalah cubaan untuk mengalih perhatian daripada pertuduhan serius yang dihadapinya. Lebih malang, beliau cuba menampilkan dirinya sebagai ‘whistleblower’ (pemberi maklumat) sedangkan pertuduhan dikenakan jelas melibatkan pemberian rasuah kepada wakil rakyat.

“MCW ingin menegaskan bahawa Malaysia memerlukan lebih ramai whistleblower yang berani dan bertanggungjawab, namun tindakan Abert yang didakwa memberi rasuah menjejaskan kredibiliti dakwaannya sendiri.

“Pemberi maklumat tulen tidak melakukan jenayah rasuah sambil mendakwa diri sebagai pendedah salah laku,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Dalam pada itu, Jais mengutuk tindakan Albert mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan dan cuba menakut-nakutkan pihak berkuasa dengan mendakwa beliau mungkin dibunuh atau hilang.

“Kenyataan seperti ini bersifat provokatif dan tidak bertanggungjawab. MCW percaya kenyataan tersebut bertujuan memesongkan persepsi masyarakat dan mewujudkan suasana ketakutan bagi mengganggu siasatan pihak berkuasa,” katanya.

Sehubungan itu, Jais menyeru semua pihak memberi ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pendakwa raya dan badan kehakiman untuk menjalankan tanggungjawab mereka dengan bebas tanpa tekanan, ugutan atau manipulasi daripada media.

Pada masa sama, menurut beliau, pihaknya turut menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan Albert secara menyeluruh, termasuk individu yang dinamakan.

“Namun menolak keras usaha pihak memperkecilkan pendakwaan ini sebagai permainan politik semata-mata. MCW berpendirian tegas menolak rasuah di semua peringkat dan menggesa rakyat terus memberikan sokongan padu kepada institusi penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan negara bebas daripada gejala rasuah.

“MCW berdiri teguh menyokong tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terbabit rasuah tanpa kompromi, termasuk individu berprofil tinggi. Rasuah tidak mengenal pangkat dan darjat. Dakwaan rasuah perlu diselesaikan di mahkamah, bukan di ruang media dengan retorik dan kenyataan beremosi,” katanya

Selain Albert, turut didakwa dalam kes tersebut oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah pada Isnin adalah ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy dan ADUN Sindumin, Datuk Yusof Yacob.

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga.

Andi, 44, yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan didakwa menerima suapan RM150,000 daripada ahli perniagaan yang turut dikenali Albert Tei, sebagai dorongan untuk membantu dalam pemprosesan permohonan Lesen Melombong oleh Sinaran Hayat Sdn Bhd di Sabah.

Sementara Dr Yusof, 69, dituduh menerima RM200,000 daripada individu sama sebagai dorongan untuk membantu dalam pemprosesan permohonan Lesen Melombong oleh Nusa Kini Sdn Bhd bagi meneroka mineral di Sabah.

Sementara Albert pula didakwa memberikan suapan kepada kedua-dua ADUN berkenaan mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM