Trump tandatangan perintah eksekutif tamat sekatan terhadap Syria

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani perintah eksekutif menamatkan program sekatan AS ke atas Syria, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Amerika Syarikat komited untuk menyokong Syria yang stabil, bersatu dan aman dengan rakyat serta negara jirannya,” kata Trump di platform X.

“Syria yang bersatu, tidak menjadi tempat perlindungan kepada organisasi pengganas dan memastikan keselamatan golongan minoriti agama serta etniknya akan menyokong keselamatan dan kemakmuran serantau,” tambahnya.

Terdahulu, Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt memaklumkan kepada wartawan bahawa langkah itu bertujuan menyokong ‘laluan Syria ke arah kestabilan dan keamanan’.

“Perintah ini akan membatalkan sekatan terhadap Syria, sambil mengekalkan sekatan ke atas bekas Presiden Assad, sekutunya, pesalah hak asasi manusia, pengedar dadah, individu terlibat dengan aktiviti senjata kimia, Daesh dan sekutunya, serta proksi Iran,” katanya.

“Ini sekali lagi tindakan yang dijanjikan presiden dan mengejutkan dunia ketika beliau berada di Arab Saudi, kerana dia komited menyokong Syria yang stabil, bersatu dan aman dengan rakyat serta negara jirannya,” tambahnya.

Bulan lalu, Trump mengumumkan di forum pelaburan di Riyadh bahawa dia akan menarik balik sekatan ‘kejam dan melumpuhkan’ terhadap Syria.

Sehari kemudian, dia mengadakan pertemuan bersejarah dengan Presiden Syria, Ahmad al-Sharaa di Arab Saudi, pertemuan pertama antara pemimpin AS dan Syria dalam tempoh 25 tahun.

Bashar al-Assad – yang memerintah Syria hampir suku abad – melarikan diri ke Rusia pada 8 Disember 2024, menandakan berakhirnya pemerintahan Parti Baath selama beberapa dekad yang bermula pada 1963.

Related Posts

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

JAKARTA – Beberapa gunung berapi di Indonesia meletus pada Jumaat, dengan Gunung Ili Lewotolok paling aktif merekodkan enam letusan. Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, Ili Lewotolok di Nusa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan