SST boleh dikritik namun biarlah secara berfakta, bukan fitnah – PMX

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI sentiasa terbuka untuk menerima sebarang kritikan dan teguran berhubung peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan tersebut haruslah berasaskan fakta dan bukan maklumat tidak benar sehingga mengelirukan pelbagai pihak.

Menurut beliau, keputusan berhubung peluasan skop sistem percukaian terbabit dilaksanakan Kerajaan Persekutuan dengan tidak membebankan majoriti rakyat.

“Yang dibangkitkan mengenai SST, saya lihat ada beberapa mahasiswa, mengeluh katanya kadar elektrik naik, saya tak faham, tapi apakah benar dia terkesan, umpamanya jika ada universiti mengenakan kadar elektrik bagi mahasiswa, kalau benar, itu kita harus betulkan, yang saya tahu universiti awam dikecualikan.

“Jadi hal-hal ini umpamanya disebar kerana kebebasan itu jadi ruang fitnah, ruang maki hamun dan saya harap saudara saudari, adik-adik kita atau anak-anak kita tolong berikan fakta, saya tidak ada masalah orang menegur dan mengkritik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), pada Isnin yang turut dihadiri kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Mengulas lanjut, Anwar memaklumkan, cukai amat penting berikutan membantu memberi hasil kepada negara dalam membolehkan pelbagai kemudahan untuk rakyat dibina dan dibangunkan secara holisitik serta pragmatif.

“Jika sesebuah negara tak ada cukai langsung, tak mungkin dapat bina sekolah, gaji penjawat awam pun sudah dinaikkan sebab cukai tak ada.

“Jadi cukai ini kalau boleh jangan bebankan rakyat terbanyak dan sebab itu kadar elektrik yang diputuskan oleh Jemaah Menteri, harus elak daripada membebankan rakyat tapi andai kata ada satu dua yang terkena, boleh kita baiki,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, keputusan SST dikenakan kepada buah-buahan import antaranya bertujuan menggalakkan hasil penanaman tempatan kerana negara memiliki tanah yang subur serta potensi pertanian yang luas.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan tetap bersikap terbuka untuk membuat pengecualian cukai sekiranya terdapat keperluan.

“Sama seperti permintaan daripada pemain industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya nilai ambang kelayakan SST dinaikkan.

“Jadi kita naikkan (daripada RM500,000) kepada RM1 juta, seperti yang diumumkan (sebelum ini). Ini menunjukkan kerajaan mendengar dan bertindak berdasarkan keperluan semasa,” katanya.

Kementerian Kewangan sebelum ini berkata, peluasan skop SST mulai 1 Julai, termasuk kadar 5 peratus ke atas buah-buahan import, disasarkan secara strategik untuk menggalakkan permintaan pertanian tempatan dan memperkukuh kesel makanan.

Related Posts

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

BATU PAHAT – Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan penguasaan teknologi, pengukuhan nilai kemanusiaan serta penolakan terhadap politik perpecahan kaum dan agama ketika menyampaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

BATU PAHAT – Rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah dimuktamadkan dan kini hanya menunggu persetujuan rasmi daripada Pengerusi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha