SIESF bakal disenarai dalam Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026

SIBU – Festival e-Sukan Sibu (Sibu Esports Festival – SIESF) dicadangkan untuk disenaraikan sebagai salah satu acara rasmi dalam kempen Visit Malaysia 2026 sekali gus memperkasa pelancongan berasaskan digital, kreatif dan belia pada peringkat nasional.

Setiausaha Politik Premier Sarawak Joshua Ting Fu Ying berkata cadangan tersebut akan dibawa secara rasmi kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing bagi pertimbangan dan kelulusan kementerian.

“Saya akan mengemukakan cadangan ini secara rasmi kepada Menteri agar SIESF dapat menjadi sebahagian daripada acara utama dalam kempen pelancongan negara. Langkah ini seiring dengan matlamat kementerian untuk memperluas promosi pelancongan melalui medium digital dan penglibatan belia,” katanya.

Beliau menyampaikan perkara itu ketika berucap pada Majlis Penangguhan SIESF 2025 yang berlangsung di Stadium Tertutup Sibu pada Ahad.

Menurut Joshua, penganjuran festival ini bukan sekadar menampilkan pertandingan e-sukan semata-mata malah membentuk ekosistem pembangunan komuniti digital yang aktif serta menggalakkan penglibatan belia dalam industri kreatif.

“SIESF 2025 berjaya menghimpunkan hampir 2,000 peserta dari seluruh negara termasuk Thailand dan Semenanjung Malaysia. Ini jelas menunjukkan potensi besar Sibu sebagai pusat pertumbuhan pelancongan sukan digital di Wilayah Tengah Sarawak,” ujarnya lagi.

Beliau turut menegaskan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sentiasa menyokong acara berimpak tinggi seperti ini kerana ia mampu merangsang kemasukan pelancong dan menggalakkan keusahawanan serta menyumbang kepada perkembangan industri kreatif dan digital tanah air.

Selain itu, Joshua turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Petugas Pelancongan Bahagian Sibu (DTTG) dan Persatuan Sukan Elektronik Bahagian Sibu (SDESA) selaku penganjur utama selain pelbagai agensi kerajaan negeri yang turut menjayakan festival tiga hari bermula 27 hingga 29 Jun itu.

Beliau turut memberi penghormatan kepada para peserta yang menyertai kejohanan tersebut sambil menyifatkan kesemua mereka sebagai juara sejati.

“Menang atau kalah bukan ukuran utama. Yang penting adalah semangat kesukanan, disiplin serta komitmen tinggi yang ditonjolkan oleh semua peserta. Ini membuktikan masa depan e-sukan amat cerah dan penuh potensi,” katanya.

Joshua juga menyuarakan harapan agar penganjuran SIESF akan diteruskan dalam skala lebih besar pada masa depan dengan sokongan dan pengiktirafan rasmi dalam kempen Visit Malaysia 2026.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan