Bekas kakitangan FELDA mengaku salah pecah amanah duit khairat kematian

KUANTAN – Bekas pembantu tadbir pejabat FELDA dekat sini, mengaku bersalah atas tuduhan pecah amanah wang khairat kematian lebih RM41,000.

Tertuduh, Nurul Syafiha Awang Za, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Sazlina Safie di Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, Nurul Syafiha didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat FELDA Panching Timur, di sini, antara Februari 2018 hingga Jun 2019.

Dia yang diamanahkan Roslan Kamin dengan harta – iaitu wang tunai RM41,652.42 – bagi tujuan pembayaran khairat kematian kepada tujuh waris peneroka FELDA Sungai Panching yang meninggal dunia, melakukan pecah amanah jenayah iaitu secara tidak jujur dan menggunakan wang berkenaan bagi kegunaan sendiri.

Pendakwaan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kamariah Seman.

Pada prosiding hari ini, tertuduh diwakili peguam, Syed Azimal Syed Abu Bakar.

Susulan pengakuan bersalah itu, mahkamah memutuskan tertuduh dihukum penjara tiga bulan – bermula hari ini – dan denda RM20,000.

Dia perlu menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar