ZAPAR pacu transformasi zakat Perak, Sultan Nazrin lancar entiti korporat MAIPk

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melancarkan Zakat Perak Al-Ridzuan (ZAPAR), entiti korporat milik penuh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) yang ditubuhkan untuk merevolusi sistem kutipan zakat negeri secara lebih strategik, profesional dan digital.

Baginda bertitah, penubuhan ZAPAR adalah inisiatif berpandangan jauh, yang bertujuan memperkukuh kecekapan, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan zakat. Ia merupakan sebahagian strategi MAIPk memperkasa kewangan Islam negeri demi manfaat ummah.

“ZAPAR diwujudkan sebagai institusi berteraskan teknologi digital, membolehkan proses kutipan zakat dilaksana secara pantas, tepat dan telus serta mudah dijejak oleh pembayar dan penerima zakat,” titah baginda.

Baginda menyempurnakan pelancaran itu di Pusat Zakat Al-Ridzuan, di sini pada Khamis.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Sultan Nazrin menegaskan, penubuhan ZAPAR adalah selari dengan peningkatan kutipan zakat semasa serta tuntutan terhadap sistem pengurusan yang lebih efisien, kompeten dan progresif.

“ZAPAR bakal mengurus kutipan zakat secara profesional, berintegriti dan beramanah. Kepercayaan umat Islam terhadap MAIPk perlu terus diperkasa melalui tadbir urus telus dan bertanggungjawab,” titah baginda.

Menurut kenyataan MAIPk, ZAPAR yang beroperasi di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh, akan berfungsi sebagai syarikat sendirian berhad, fokus kepada pengurusan kutipan zakat, manakala agihan zakat kekal diurus oleh MAIPk.

“Langkah ini dijangka merintis era baharu pengurusan zakat Perak kepada lebih mesra pengguna, digital dan korporat.

“Selain meningkatkan pematuhan zakat dalam kalangan muzakki, ZAPAR turut membuka ruang penyertaan sektor korporat dan perniagaan secara lebih sistematik.

“ZAPAR juga dijadikan platform utama pembangunan wakaf tunai dan penggerak ekonomi Islam lestari, seterusnya memperluas manfaat kepada golongan asnaf yang layak,”jelasnya.

Penubuhan ZAPAR bukan sekadar penstrukturan semula, tetapi transformasi menyeluruh demi kemaslahatan umat Islam seluruhnya.

Selepas 55 tahun penubuhan, MAIPk telah merekodkan kutipan zakat bagi semua kategori, merangkumi harta dan fitrah, berjumlah RM26.3 juta.

Related Posts

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KOTA KINABALU – Gerakan koperasi di Sabah disaran lebih berani memanfaatkan potensi besar sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu melalui pembangunan produk, perkhidmatan dan jaringan perniagaan yang lebih kompetitif.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

KUANTAN – Semua rakyat negeri ini diseru mengambil peluang menyertai Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dirangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh