Kerajaan Johor arah JAS siasat punca pencemaran sungai

SEGAMAT- Isu pencemaran Sungai Muar dipercayai daripada sisa minyak di sekitar Kampung Awat, di sini, perlu disiasat secara serius.

Adun Buloh Kasap, Datuk Zahari Sarip berkata, berdasarkan video yang tular di laman sosial baru-baru ini, pihaknya akui terkejut dengan pencemaran yang berlaku berikutan lokasi berkenaan sering dijadikan sebagai tempat pelepasan benih hidupan sungai sejak tiga tahun lalu.

“Untuk makluman, lokasi itu sering dimanfaatkan dengan pelbagai inisiatif berkaitan konservasi sumber perikanan terutamanya menerusi program pelepasan benih ikan dan udang di kawasan ini secara konsisten sejak tiga tahun lalu.

“Sepanjang tempoh tersebut, tiada laporan atau aduan diterima berkaitan aktiviti yang boleh merosakkan ekosistem akuatik di sekitar sungai tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Justeru, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri menggesa pihak berkuasa berkaitan khususnya Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk segera menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Saya menzahirkan rasa amat kesal terhadap insiden pencemaran Sungai Muar di sekitar Kampung Awat, di sini, sebagaimana menerusi hantaran video oleh pengguna TikTok ‘@mohdazrulsgmuo’ baru-baru ini.

“Saya juga menerima beberapa aduan dari penduduk di persisir sungai berkenaan. Kejadian tersebut dilihat seperti berpunca daripada pembuangan bahan sisa buangan yang mencemarkan air sungai dan berpotensi menjejaskan ekosistem setempat,” katanya.

Justeru, beliau berharap siasatan segera dan menyeluruh dapat dijalankan bagi merungkai punca sebenar pencemaran.

“Tindakan tegas perlu diambil agar keseimbangan ekosistem sungai terpelihara dan kelangsungan sumber perikanan dapat dikekalkan demi kepentingan semua pihak, khususnya komuniti nelayan darat setempat yang bergantung kepada hasil sungai sebagai sumber pendapatan.

“Dalam masa sama, saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak terutamanya komuniti nelayan darat dan penduduk setempat yang terlibat secara aktif dalam menjaga kelestarian dan sumber perikanan di sekitar Sungai Muar, di sini, selama ini,” katanya.

Related Posts

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

SANDAKAN – Kerajaan memberi amaran dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelancong asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pelancongan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor