Tourism Malaysia lancar Kempen ‘Explore Sabah’ promosi destinasi pelancongan

KOTA KINABALU – Tourism Malaysia Sabah, dengan kerjasama SabahTravel.com, melancarkan kempen promosi ‘Explore Sabah’ pada Rabu di Borenos Lounge, bagi mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelancongan utama Malaysia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Kempen yang berlangsung dari April 2025 hingga Februari 2026 ini bertujuan untuk memanfaatkan capaian digital SabahTravel.com dalam mengetengahkan pelbagai pengalaman pelancongan di Sabah dan Labuan, kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

Pengarah Tourism Malaysia Sabah, Haryanty Abu Bakar berkata, dalam era pendigitalan ini, pihaknya menghargai kerjasama strategik bersama-sama dengan SabahTravel.com untuk memanfaatkan kepakaran dan strategi pemasaran inovatif mereka.

“Kempen ini mempromosikan lebih 400 pengalaman pelancongan di seluruh Sabah, bagi memenuhi pelbagai citarasa pelancong.

“Antara tarikan utama termasuk aktiviti ‘island hopping’ dan selam skuba di Semporna, safari hidupan liar dan sungai di Kinabatangan, ekspedisi pendakian Gunung Kinabalu, lawatan kampung budaya dan warisan, serta percutian eko seperti resort di atas bukit dan penginapan dalam hutan hujan,” katanya semasa berucap dalam majlis pelancaran di sini pada Rabu.

Kempen ‘Explore Sabah’ turut diperluaskan ke Labuan, dengan promosi pelayaran matahari terbenam dan sewaan kapal layar, percutian tepi pantai dan snorkeling, lawatan sejarah dan memorial Perang Dunia Kedua serta tarikan budaya seperti Muzium Labuan dan Menara Cerobong.

“Menerusi kempen ini, kami yakin dapat meningkatkan keterlihatan Sabah dan Labuan di samping menyokong matlamat VM2026,” katanya.

Menurut Haryanty, sektor pelancongan negara menunjukkan pemulihan kukuh apabila Malaysia merekodkan 13.4 juta ketibaan pelancong antarabangsa dari Januari hingga April 2025, iaitu peningkatan 21 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“China kini muncul sebagai pasaran sumber ketiga terbesar selepas Singapura dan Indonesia, mengatasi Thailand dan India.

“Dengan 1.4 juta pelancong China direkodkan dalam empat bulan pertama 2025 (peningkatan 37.8 peratus), Malaysia berada di landasan baik untuk mencapai sasaran 43 juta ketibaan dan hasil pelancongan RM283.8 bilion menjelang akhir tahun,” katanya.

Tambah beliau, sebagai sebahagian daripada usaha penjenamaan kempen ini, Tourism Malaysia turut mengedarkan pelekat kenderaan rasmi promosi VM2026 kepada pengusaha pelancongan berlesen di seluruh Sabah.

Katanya lagi, langkah simbolik ini memperkukuh sokongan industri dan meningkatkan keterlihatan kempen di seluruh negeri.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran SabahTravel.com, Poh Khay Inn berkata, kerjasama ini mencerminkan komitmen dalam menghubungkan Sabah dan Labuan dengan pelancong antarabangsa melalui tempahan segera dan kandungan digital menarik.

“Kami berbangga bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk mengetengahkan hutan hujan tropika, warisan budaya dan pengalaman pelancongan Sabah yang memukau.

“Sepanjang tempoh kempen, pelancong boleh menikmati diskaun sehingga 30 peratus bagi tempahan melalui SabahTravel.com dengan menggunakan kod promosi XPLORE5,” katanya.

Ujar beliau, platform ini membolehkan pengguna menempah serta-merta pelbagai pengalaman pelancongan berlesen dalam satu transaksi dengan pintu pembayaran selamat, sekali gus memberikan fleksibiliti dan kemudahan kepada para pelancong.

Related Posts

Lelaki hilang 11 hari, mayat ditemukan di kebun getah

SIK – Selepas 11 hari dilaporkan hilang, seorang lelaki ditemukan dalam keadaan sudah meninggal dunia di kawasan kebun getah di FELDA Teloi Timur di sini hari ini. Mayat lelaki terbabit,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelabuhan Bintulu kini milik Sarawak, bukti komitmen Kerajaan MADANI tunai MA63

BINTULU – Kerajaan Persekutuan secara rasmi menyerahkan status Pelabuhan Bintulu kepada kerajaan Sarawak pada Ahad bagi menunaikan komitmen yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).   Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwaan kebocoran data peribadi tular hanya insiden lama, tiada kaitan platform semasa

Dakwaan kebocoran data peribadi tular hanya insiden lama, tiada kaitan platform semasa

Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain kembali sertai parti AMANAH

Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain kembali sertai parti AMANAH

Lelaki hilang 11 hari, mayat ditemukan di kebun getah

Lelaki hilang 11 hari, mayat ditemukan di kebun getah

Pelabuhan Bintulu kini milik Sarawak, bukti komitmen Kerajaan MADANI tunai MA63

Pelabuhan Bintulu kini milik Sarawak, bukti komitmen Kerajaan MADANI tunai MA63

Rusia beri komitmen jangka panjang, Turkmenistan lulus blok cari gali Laut Kaspia – PM

Rusia beri komitmen jangka panjang, Turkmenistan lulus blok cari gali Laut Kaspia – PM

Harga diesel seluruh negara turun kepada RM2.10 seliter guna MyKad

Harga diesel seluruh negara turun kepada RM2.10 seliter guna MyKad