Projek Pan Borneo perlahan susulan proses ambil tanah, alih utiliti – Shahelmey

TAWAU – Kemajuan pakej projek Lebuhraya Pan Borneo dari Lahad Datu ke persimpangan ‘Checkpoint’ Tawau-Semporna masih berada pada tahap perlahan berikutan isu pengambilan semula tanah serta pengalihan utiliti, kata Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata, keadaan itu berlaku walaupun terdapat beberapa pakej berada dalam fasa awal penerimaan lantikan iaitu pada September tahun lepas.

“Kelmarin (Selasa) saya sempat melawat beberapa pakej Pan Borneo iaitu Pakej 16, 17, 18, 19 dan 20 daripada Lahad Datu sehingga ke persimpangan ‘Checkpoint’ Tawau-Semporna.

“Jadi, kerja-kerja semasa yang dilihat sepanjang jajaran itu adalah ‘site clearing’, pembentukan jajaran dan membuat kerja-kerja struktur pembinaan ‘culvert’,” katanya kepada media selepas melakukan lawatan ke Pelabuhan Tawau, pada Rabu.

Sehubungan itu, Shahelmey mengingatkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), juru runding serta semua kontraktor pakej kerja agar melihat semula jadual program kerja mereka.

“Sementara proses pengambilan balik tanah masih berjalan, mereka perlu kenal pasti segmen-segmen yang sudah boleh dimulakan kerja-kerja pembinaan.

“Jadi, kita mahu ada peningkatan dari segi kemajuan kerja untuk pakej-pakej terbabit,” katanya.

Shahelmey turut menekankan aspek keselamatan dan pengurusan trafik sepanjang pembinaan jalan kerana jalan raya sedia ada masih dilalui pengguna jalan raya.

“Penyelenggaraan jalan termasuk tampalan lubang atau ‘potholes’ juga perlu dibuat segera bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya tidak terjejas,” tambahnya.

Mengenai lawatan ke Pelabuhan Tawau, Shahelmey berkata, lawatan tersebut diadakan susulan aduan daripada beberapa pemain industri perkapalan pada Mei lalu berhubung kerosakan kren di pelabuhan berkenaan yang diuruskan oleh Sabah Ports Sdn Bhd.

“Selepas beberapa sesi perbincangan yang diadakan di pejabat saya di antara Sabah Port dan pemain industri perkapalan, kita dimaklumkan bahawa kren di pelabuhan Tawau ini sudah kembali beroperasi secara normal.

“Sabah Ports juga mempunyai perancangan untuk mengganti kren yang sudah lama ini kepada kren yang baru menjelang hujung tahun ini ataupun pada awal tahun 2026.

“Kita sentiasa berbincang dengan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah dan juga Sabah Port dan dengan adanya kren baru nanti, ianya sudah pasti akan menambah kapasiti untuk pengoperasian ‘uploading container’,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berpuas hati dengan operasi semasa di Pelabuhan Tawau, bagaimanapun, menasihati Sabah Ports agar lebih menitikberatkan aspek jadual penyelenggaraan terutama peralatan lama.

Related Posts

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik