Tehran minta kerjasama Malaysia perbetul naratif berat sebelah krisis Iran-Israel

PUTRAJAYA – Presiden Republik Islam Iran, Masoud Pezeshkian memohon jasa baik Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyampaikan pendirian negara itu kepada negara Islam lain agar tidak terpengaruh dengan naratif berat sebelah serta memahami konteks sebenar tindakan balas Iran.

Kenyataan itu dibuat dalam siri perbualan telefon antara Perdana Menteri dan Pezeshkian, susulan serangan udara Amerika Syarikat (AS) ke atas tiga fasiliti nuklear utama Iran di Isfahan, Natanz dan Fordow.

“Pezeshkian mengesahkan Iran bersedia menghentikan tindakan ketenteraan dan menyambut perdamaian dengan syarat Israel tidak meneruskan serangan terhadap wilayah kedaulatan Palestin dan Iran.

“Saya baru selesai berhubung melalui telefon bersama Pezeshkian terkait perkembangan terkini konflik antara Iran dan rejim Zionis Israel,” kata Anwar menerusi satu hantaran di Facebook.

Anwar berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Gaza dan Iran yang meragut bukan sahaja nyawa orang awam, malah kepimpinan tertinggi ketenteraan serta para saintis Iran.

Menurutnya, tindakan berkenaan melangkaui batas kemanusiaan dan prinsip undang-undang antarabangsa.

“Sejak tercetusnya konflik ini, Malaysia konsisten dengan pendirian bahawa keganasan bukan jalan keluar.

“Namun, dalam kerangka keadilan sejagat, kami mengakui hak Iran bertindak balas terhadap sebarang bentuk pencerobohan yang mencabuli kedaulatan negaranya.

“Adalah munafik untuk dunia mengiktiraf kekuatan Israel tetapi menolak hak sah Iran mempertahankan diri,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar menjelaskan, Malaysia menyambut baik komitmen Iran mencari jalan damai bersama semua pihak – termasuk Amerika Syarikat dan Israel – sekiranya syarat keadilan dan kedaulatan dipenuhi.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar