TH susun semula penerbangan balik jemaah haji, utamakan keselamatan

PENJADUALAN semula penerbangan balik jemaah haji Malaysia sedang disusun semula oleh Lembaga Tabung Haji (TH) dengan mengambil kira pelbagai faktor semasa termasuk penyelarasan trafik udara serta keperluan logistik.

Menerusi kenyataan rasmi TH, penjadualan semula tersebut dibuat atas nasihat keselamatan oleh syarikat penerbangan serta mengambil kira perkembangan semasa operasi penerbangan di Asia Barat.

“Penerbangan yang terlibat ialah KT043 (MH 8301) berlepas dari Madinah pukul 5.10 minit pagi (waktu Arab Saudi) dan KT034 (MH 8291) berlepas dari Jeddah pukul 6.40 minit pagi (waktu Arab Saudi) pada hari ini.

“Kedua-dua jadual penerbangan itu telah ditunda sekurang-kurangnya 24 jam daripada jadual asal,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Sehubungan itu, semua jemaah yang terlibat telah ditempatkan sementara di hotel sekitar Jeddah dan Madinah sementara menunggu jadual baharu.

Dalam pada itu, TH turut memaklumkan bahawa koordinasi di lapangan terbang kini sedang giat dijalankan oleh pihak syarikat penerbangan dan Tabung Haji bagi memastikan kelancaran urusan logistik jemaah haji.

Sehingga kini, sebanyak 39 penerbangan telah selamat tiba di tanah air, manakala baki 61 penerbangan lagi masih dalam jadual kepulangan.

“Pihak Tabung Haji akan memaklumkan dari semasa ke semasa termasuk perubahan jadual oleh syarikat penerbangan,” katanya.

Related Posts

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

KUALA PILAH – Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sekadar institusi yang menguruskan simpanan, sebaliknya memikul amanah besar umat Islam yang mahu menunaikan rukun Islam kelima, kata Ahli Parlimen Hulu Langat,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

KUALA PILAH – Kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang membangkitkan soal asal-usul kaum di Malaysia membuktikan keperluan negara mengamalkan budaya politik matang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat