Umum gencatan senjata, Trump cipta naratif kemenangan di sebalik ketidakupayaan Israel-AS

MASYARAKAT dunia memandang serius perkembangan terbaharu di Timur Tengah apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump, yang baru sahaja memulakan serangan ketenteraan ke atas Iran dan kini mengumumkan gencatan senjata secara mengejut.

Tindakan ini menimbulkan pelbagai persoalan. Trump sebelum ini mendakwa bahawa serangan ke atas kemudahan nuklear Iran telah berjaya “melumpuhkan” keupayaan negara itu untuk bangkit semula. Maka, keputusan mengumumkan gencatan senjata tanpa desakan jelas dari medan perang mengundang persoalan besar.

Menurut Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau yakin ini adalah satu bentuk pengakuan bahawa Iran tidak semudah itu untuk ditewaskan. Sebaliknya Trump cuba mencipta naratif ‘kemenangan segera’ demi kepentingan politik peribadi dan Amerika.

Hakikatnya Trump, Amerika dan Israel berdepan dengan pukulan hebat dari Iran.

Namun tidak boleh dipandang mudah kerana ini juga strategi licik untuk mengundurkan diri sementara menanti saat sesuai menyerang semula, sama ada secara ketenteraan, ekonomi atau diplomatik.

“Kita tidak boleh menafikan bahawa tindakan Trump dan sekutunya bukan sahaja memperjudikan keamanan dunia, tetapi juga nyawa rakyat biasa yang menjadi mangsa dalam konflik kuasa besar ini.

“Sebagai sebahagian masyarakat antarabangsa yang mendambakan keadilan dan kestabilan, kita perlu mendesak PBB dan OIC mengambil pendirian yang jelas menolak sebarang bentuk imperialisme ketenteraan.

“Ini juga mendorong Parlimen Malaysia dan Parlimen seluruh dunia agar mengadakan sidang khas atau membawa usul bagi membincangkan dasar luar negara masing masing dalam konflik ini serta mengutuk Israel yang memulakan perang keatas Iran dan Amerika yang mencampuri dan menyertai peperangan ini,” katanya.

Dalam masa itu juga, beliau turut menggesa semua negara Islam bersatu dalam pendekatan damai dan diplomatik, bukannya menjadi mangsa kepada percaturan kuasa asing.

“Kita juga menyeru rakyat Malaysia untuk kekal peka, kritikal dan menolak segala bentuk normalisasi perang demi kepentingan politik segelintir pemimpin dunia,” jelasnya.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

PETALING JAYA –  Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) perlu memastikan urusan dengan penggiat industri dilakukan dengan lebih cepat, jelas dan telus. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kuasa yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion