PETROS-Petronas lambang era baharu kerjasama Sarawak, Kerajaan Persekutuan

KUCHING – Kerjasama erat antara syarikat minyak dan gas milik Kerajaan Negeri Sarawak iaitu Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan syarikat nasional Petroliam Nasional Berhad (Petronas) disifatkan sebagai simbol kematangan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sinergi antara dua entiti besar itu mencerminkan pendekatan baharu dalam pengurusan hasil bumi negara yang lebih adil, inklusif dan menghormati aspirasi rakyat di peringkat negeri.

“Sarawak bukan lagi seperti era 1970-an. Anak-anak muda hari ini berpendidikan tinggi, berkemahiran serta cukup pendedahan di Petronas dan Shell dan beberapa syarikat lain. Maka, sudah tiba masanya kita beri ruang kepada Petros untuk berkembang sambil mengekalkan peranan penting Petronas sebagai syarikat nasional,” katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Hari Gawai Peringkat Negeri Sarawak 2025, malam tadi.

Menurut beliau, era baharu ini menuntut pendekatan yang lebih progresif dan saling menghormati antara pusat dan negeri terutamanya dalam hal-hal yang melibatkan kedaulatan sumber dan ekonomi negeri.

“Kita tidak boleh terus terikat dengan pendekatan lama. PETROS adalah manifestasi semangat dan keyakinan baharu Sarawak. Petronas pula mempunyai pengalaman dan rangkaian global. Gabungan ini boleh membawa manfaat besar kepada rakyat jika diurus dengan baik,” katanya.

Anwar turut menegaskan bahawa matlamat utama kerjasama strategik ini adalah bagi memastikan kekayaan hasil negara diagihkan secara saksama kepada semua negeri termasuk Sarawak yang memiliki sumbangan besar dalam sektor tenaga negara.

“Kita mahu memastikan setiap negeri memperoleh manfaat sewajarnya daripada pembangunan nasional. Apa yang kita perjuangkan ialah keadilan bukan keistimewaan. PETROS dan Petronas harus menjadi lambang kerjasama yang membina bukan persaingan yang memecah-belahkan,” tambah beliau.

Kerajaan Persekutuan juga komited untuk meneruskan rundingan serta kerjasama teknikal dan komersial antara kedua-dua syarikat agar setiap langkah yang diambil memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi Sarawak dan kesejahteraan rakyat.

Foto: TVS, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) & Jabatan Penerangan Sarawak

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

  • By Ezmie
  • September 20, 2026
Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM