‘Kegagalan MB Perlis tangani kritikan akar umbi bukti kegagalan kepimpinan Pas’

SELURUH masyarakat Malaysia khususnya rakyat Perlis memandang serius kemelut dalaman yang sedang melanda Pas Perlis, terutamanya membabitkan Menteri Besar Perlis yang juga Pesuruhjaya Pas negeri.

Kekalahan beliau dan teamnya dalam pemilihan Pas Kawasan Arau dan Padang Besar bukan sekadar penolakan individu, tetapi isyarat jelas bahawa akar umbi parti sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Parti Pas dan kerajaan Perlis yang di terajuinya.

Menurut Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, adalah lebih mengecewakan, kepimpinan tertinggi Pas sehingga kini masih berdiam diri dan gagal mengambil sebarang tindakan yang konstruktif, meskipun teguran terhadap kelemahan Menteri Besar Perlis telah berulang kali dibangkitkan termasuk dalam Muktamar Pas sendiri.

Katanya, sehingga kini tiada pula kelihatan dan kedengaran suara kepimpinan Pemuda Pas Malaysia nak buat himpunan ‘TURUN SHUKRI ‘ sedangkan mereka beria-ia nak buat himpunan Turun Anwar.

“Soalnya sekarang, sampai bila pimpinan Pas mahu menutup mata terhadap suara dan keresahan akar umbi mereka sendiri?

” Sampai bila rakyat Perlis perlu menjadi mangsa kepada perebutan kuasa dalaman yang berlarutan ini?,” katanya.

Menurutnya, pergolakan dalaman Pas ini telah mengakibatkan kerajaan Perlis sudah hilang fokus.

Keputusan-keputusan pentadbiran negeri menjadi lemah dan tidak konsisten.

“Rakyat hidup dalam ketidakpastian tanpa arah tuju yang jelas dari kerajaan negeri.

“Kestabilan politik negeri adalah asas kepada kestabilan hidup rakyat. Apabila parti yang menerajui pemerintahan negeri Perlis gagal mengurus konflik dalaman, hilanglah fokus terhadap keperluan rakyat.

“Lebih parah, budaya menegur dianggap penderhakaan, dan suara akar umbi dipandang hina,” jelasnya.

Justeru itu, beliau menyeru agar Pas berhenti bermain politik sesama sendiri dan mula mendengar suara rakyat serta ahli mereka sendiri.

Jika tidak mampu memimpin dengan amanah dan adil, serahkan kembali mandat kepada rakyat.

Rakyat Perlis berhak mendapat kepimpinan yang stabil, prihatin dan bertanggungjawab.

Related Posts

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PAKATAN Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran politik baharu susulan dinamika politik semasa yang berbeza mengikut keadaan dan keunikan setiap negeri. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

PENGAMPUNAN bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak disifatkan memberi ‘bola tanggung’ kepada Pakatan Harapan (PH) untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik