UMNO perlu bangunkan pasukan mantap hadapi PRU16 – Johari

UMNO disaran membina dan melatih pasukan gerak kerja yang mantap di setiap bahagian bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang dijangka berlangsung dalam tempoh dua tahun akan datang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pasukan tersebut mesti digerakkan lebih awal dengan semangat persefahaman yang tinggi bagi mengelakkan sebarang unsur sabotaj menjelang pilihan raya.

Menurut Johari, dalam menghadapi PRU16, tumpuan harus diberikan kepada kelompok pengundi muda yang dijangka membentuk sekitar 40 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi.

“Pasukan ini perlu dilatih dari sekarang supaya kita boleh kenal pasti siapa yang layak dan sebagainya. Kita mahu membina negara dengan pemimpin yang memenuhi kehendak rakyat.

“Golongan muda ini terdiri daripada tiga fasa iaitu mereka yang berumur 18 tahun, peringkat universiti, dan yang baru tamat pengajian.

“Mereka yang berumur 18 tahun mungkin masih mengundi mengikut kecenderungan ibu bapa, tetapi dua kumpulan lain ini lebih cenderung membuat keputusan berdasarkan pemikiran sendiri. Mereka akan menilai siapa pemimpin yang mampu membawa manfaat untuk masa depan generasi mereka,” katanya, memetik laporan BH.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh pada Sabtu.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub.

Terdahulu dalam ucapannya, Johari turut menekankan kepentingan memahami perbezaan antara konsep memegang kuasa dan berkongsi kuasa dalam konteks politik semasa.

“Apabila kita berkongsi kuasa, kita perlu faham bahawa pihak lain juga mempunyai kuasa dan kita mesti mengambil kira kepentingan parti masing-masing.

“Sebagai contoh, dalam penggal lalu, kita menyaksikan pertukaran tiga Perdana Menteri. Namun, jika kita mampu memberi dan menerima serta bekerjasama, politik negara akan menjadi lebih stabil dan pembangunan negara dapat dijayakan dengan lebih baik,” ujarnya.

Related Posts

MB Kedah, jangan biar rakyat terus meneka!

MENTERI BESAR Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, tidak boleh membiarkan rakyat terus tertanya-tanya berhubung status tanah yang dikaitkan dengan Projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mesyuarat PH Pulau Pinang akan diadakan semula November ini

GEORGE TOWN – Mesyuarat Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang yang ditangguhkan pada bulan lepas dijangka diadakan semula November ini bagi membincangkan pelbagai isu termasuk mengenai kedudukan Umno dalam pentadbiran kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

Jerebu: Semua sekolah di Johor ditutup dua hari mulai Khamis

Jerebu: Semua sekolah di Johor ditutup dua hari mulai Khamis

MB Kedah, jangan biar rakyat terus meneka!

MB Kedah, jangan biar rakyat terus meneka!