80 kontinjen meriahkan perbarisan ulang tahun kelahiran rasmi pertama Tun Musa Aman sebagai TYT

KOTA KINABALU – Sabah meraikan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-74 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dengan perarakan 80 kontinjen di Padang Merdeka pada Sabtu.

Tun Musa yang diiringi isteri, Toh Puan Faridah Tussin untuk menghadiri upacara perbarisan pertama sempena ulang tahun kelahiran rasmi beliau selaku Yang di-Pertua Negeri disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag sejurus ketibaan di Padang Merdeka.

Turut menyambut kehadiran mereka ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong serta para kenamaan lain.

Majlis dimulakan dengan Tun Musa memeriksa pasukan kawalan kehormatan utama diiringi 17 das tembakan meriam dari Bukit Bendera.

Selepas itu, beliau menaiki kenderaan istiadat untuk memeriksa 80 kontinjen yang berbaris di padang.

Upacara memotong kek turut diadakan semasa persembahan tarian khas oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Sabah.

Majlis kemudiannya ditangguhkan bagi Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri di Istana Seri Kinabalu.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu