PRN17 Sabah: Jentera PKR Tawau bersiap sedia, fokus menang calon parti

TAWAU – Jentera PKR Cabang Tawau kini berada dalam keadaan bersiap siaga sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah yang dijangka boleh diadakan pada bila-bila masa.

Ketua Cabang PKR Tawau, Fung Thin Yein berkata, persiapan rapi sedang dilaksanakan bagi memastikan kemenangan calon yang akan mewakili parti di kawasan itu.

“Setakat ini, PKR Cabang Tawau telah mencapai tahap kesiapsiagaan kira-kira 70 peratus.

“Semua sayap parti termasuk Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah digerakkan secara aktif,” katanya kepada The Malaysia Press selepas menghadiri Taklimat Pengurusan Pilihan Raya dan ELMAS, di Bilik Gerakan Utama Pejabat PKR Cabang Tawau, pada Rabu.

Menurut Fung, taklimat tersebut penting bagi menilai tahap kesediaan jentera di setiap peringkat cabang agar berada dalam keadaan terbaik menjelang PRN17 Sabah.

“Kami telah mengatur strategi dan bersedia bukan sahaja untuk PRN17, tetapi juga sebagai persediaan awal ke arah Pilihan Raya Umum yang akan datang.

“Apa yang paling penting adalah kita bersatu, bekerja keras dan memastikan kemenangan calon PKR.

“Kita mahu mengangkat martabat parti dan kepimpinan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tegasnya.

Fung turut menyeru seluruh ahli dan penyokong parti agar bekerjasama erat demi memastikan PKR kekal sebagai parti yang inklusif serta sentiasa memperjuangkan nasib rakyat.

Related Posts

Sambutan SKDS di Sabah memberangsangkan, lebih 5,500 syarikat daftar subsidi diesel bagi jip dan pikap

KOTA KINABALU – Sabah muncul sebagai negeri mencatat jumlah pendaftaran tertinggi bagi kategori baharu Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) melibatkan Sektor Pengangkutan Darat (Persendirian Syarikat – Jip dan Pikap), sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kolej Tingkatan Enam Sepanggar catat pencapaian membanggakan, 11 pelajar raih PNGK 4.0

KOTA KINABALU – Kolej Tingkatan Enam Sepanggar terus mencipta kecemerlangan apabila merekodkan pencapaian membanggakan dengan seramai 314 pelajar berjaya menamatkan pengajian, termasuk 11 pelajar memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sambutan SKDS di Sabah memberangsangkan, lebih 5,500 syarikat daftar subsidi diesel bagi jip dan pikap

Sambutan SKDS di Sabah memberangsangkan, lebih 5,500 syarikat daftar subsidi diesel bagi jip dan pikap

Kolej Tingkatan Enam Sepanggar catat pencapaian membanggakan, 11 pelajar raih PNGK 4.0

Kolej Tingkatan Enam Sepanggar catat pencapaian membanggakan, 11 pelajar raih PNGK 4.0

Sekretariat SMJ rancang sesi libat urus berkala bersama pengamal media

Sekretariat SMJ rancang sesi libat urus berkala bersama pengamal media

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri