Pengurus syarikat rugi RM1.77 juta terpedaya pelaburan tidak wujud

JOHOR BAHRU – Seorang pengurus di sebuah syarikat swasta berputih mata apabila mengalami kerugian sehingga RM1.77 juta gara-gara terpedaya dengan pelaburan saham tidak wujud.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, mangsa lelaki berusia 67 tahun mendakwa terpedaya selepas dimasukkan ke dalam sebuah kumpulan aplikasi WhatsApp berkenaan.

“Mangsa dijanjikan keuntungan berdasarkan harga pasaran saham semasa iaitu antara lima hingga 10 peratus setiap hari mengikut nilai pelaburan.

“Tertarik dengan tawaran berkenaan, mangsa mula membuat transaksi pada 16 April lalu hingga sehingga 30 Mei ke atas lima akaun bank berbeza,” katanya dalam kenyataan hari ini.

M Kumar berkata, selepas melakukan 12 transaksi membabitkan nilai sehingga RM1.77 juta, mangsa mulai curiga apabila masih tidak menerima pulangan yang dijanjikan.

“Malah, mangsa diarah untuk membuat bayaran tambahan bernilai RM500,000. Selepas menyedari ditipu, lelaki berkenaan terus membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).

“Justeru, kita menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai termasuk sebarang tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan yang mudah, cepat dan tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, M Kumar menyarankan orang ramai agar membuat semakan terlebih dahulu ke atas nombor akaun yang diberikan suspek menerusi portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu National Scam Response Centre (NSRC), semak mule atau CCID online yang boleh dimuat turun melalui telefon bimbit.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan