FELDA harus telus isu pelaburan Lulu Hypermarket

PUTRAJAYA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) digesa tampil dalam memberikan penjelasan secara terperinci berhubung pelaburannya dalam LuLu Hypermarket yang kini telah menamatkan operasi runcitnya di Malaysia.

Gesaan itu susulan laporan media pada 11 Jun lalu telah mendedahkan semua cawangan runcit LuLu telah ditutup, dengan hanya operasi borong dikekalkan.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohammad Syahnis Salleh berkata, penutupan itu menimbulkan persoalan besar terhadap jumlah pelaburan sebenar yang telah dibuat oleh FELDA dalam projek terbabit, termasuk nilai kerugian yang ditanggung.

Katanya, LuLu Group sebelum ini dilaporkan berhasrat melabur sebanyak RM1.3 bilion di Malaysia dengan menjanjikan akan membuka 10 cawangan dalam tempoh lima tahun namun hasilnya kini menimbulkan tanda tanya.

“Sebagai agensi yang memikul amanah ekonomi Bumiputera, MTEM menggesa FELDA tampil menjelaskan secara telus terhadap jumlah keseluruhan pelaburan dalam LuLu Hypermarket.

“Mereka juga perlu telus dalam memberi penjelasan terhadap pulangan yang telah diterima oleh mereka jika ada di samping strategi pemulihan atau pelan tindakan selepas penutupan ini,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Dalam pada itu, Mohammad Syahnis berkata, pihaknya juga menegaskan bahawa agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu lebih fokus menyokong rangkaian peruncitan Bumiputera tempatan seperti Sabasun.

“Rangkaian peruncitan ini bukan sahaja mengekalkan kekuatan ekonomi domestik, tetapi juga menyumbang secara langsung kepada pembangunan ekonomi Bumiputera dan kelangsungan peniaga kecil tempatan.

“MTEM bersedia untuk berbincang bersama kerajaan dan agensi berkaitan bagi mewujudkan dasar sokongan strategik kepada pemain tempatan agar tidak terus terpinggir dalam arus pembangunan ekonomi negara,”  katanya.

Terdahulu, LuLu Group menamatkan operasi semua pasar raya besar miliknya di Malaysia, namun mengekalkan bahagian borong di negara ini, menurut laporan The Edge yang memetik jurucakap syarikat berkenaan.

Syarikat dari Emiriah Arab Bersatu itu sebelum ini menjalankan beberapa promosi dan jualan lelong di cawangannya sebelum notis penutupan operasi dipaparkan di pintu masuk cawangan pertamanya di CapSquare, Kuala Lumpur yang berkuat kuasa 9 Jun lalu.

Related Posts

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. Beliau mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sektor kesihatan perlu dilihat sebagai strategi ekonomi

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu melihat sektor kesihatan sebagai strategi ekonomi negara, bukan sekadar soal rawatan, berikutan peningkatan jumlah penduduk warga emas dan kos perubatan semakin tinggi. Timbalan Menteri Ekonomi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula