Sarawak bakal jadi pembekal utama tenaga bersih ASEAN – Abang Johari

KUCHING – Sarawak bakal menjadi pembekal utama tenaga boleh diperbaharui dengan negara-negara ASEAN sebagai langkah memperkukuh kerjasama serantau ke arah masa depan tenaga bersih dan mampan.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak kini memiliki kapasiti terpasang sebanyak 7 gigawatt, dengan 65 peratus daripadanya dijana menerusi tenaga hidro. 

Difahamkan Sarawak menyasarkan peningkatan kepada 10 gigawatt menjelang tahun 2030, dengan antara 60 hingga 70 peratus disumbangkan oleh sumber tenaga boleh diperbaharui.

“Kita akan menambah tiga gigawatt lagi dalam tempoh empat tahun melalui projek pembinaan loji turbin gas di Bintulu (1,000 megawatt), Miri (500 megawatt) dan loji hidro di Baleh, Kapit (1,200 megawatt),” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga (SOME) ke-43 di Kuching pada Isnin malam. 

Menurutnya, Sarawak juga giat meneroka potensi hidrogen sebagai sumber tenaga alternatif melalui kerjasama strategik dengan Jepun, Korea Selatan, Gentari Petronas dan Siemens.

“Antara inisiatif utama ialah pelancaran sistem pengangkutan berasaskan hidrogen (ART) menjelang 2026 yang akan menyokong usaha mengurangkan jejak karbon,” jelas beliau.

Setakat ini, Sarawak telah memulakan penghantaran tenaga ke Kalimantan, Indonesia dan akan membekalkan tenaga ke Sabah bermula 2026. 

Selain itu, perbincangan turut giat dijalankan bagi membekalkan tenaga ke selatan Filipina.

Dengan kemajuan teknologi dan kepakaran dalam tenaga boleh diperbaharui, Sarawak berhasrat menyumbang secara aktif kepada pembentukan Grid Tenaga ASEAN (APG), seiring matlamat rantau ini untuk mencapai peralihan tenaga bersih menjelang 2050.

Mesyuarat SOME ke-43 itu menghimpunkan pegawai kanan tenaga dari negara-negara anggota ASEAN bagi membincangkan strategi serantau ke arah masa depan tenaga yang selamat, lestari dan inklusif.

Foto: Jabatan Penerangan Negeri Sarawak

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan