RM30 juta untuk transformasi digital media – PM

KERAJAAN telah memperuntukkan dana sebanyak RM30 juta bagi menyokong usaha pendigitalan organisasi media di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman tersebut dibuat sempena Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Sabtu.

Menurut Perdana Menteri, peruntukan itu bertujuan membolehkan pengamal media menjalani latihan dalam usaha menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

“Saya setuju memperuntukkan dana yang lebih besar bagi membantu organisasi media dalam negara sebagai langkah awal.

“Ia supaya transformasi digital dilakukan dengan bantuan dana kerajaan, latihan dan pendedahan kepada kepada wartawan, terutama yang muda.

“Ini untuk memastikan dunia wartawan tidak ketinggalan dalam usia mengajar perubahan ekoran kewujudan teknologi kecerdasan buatan (AI), selain menjamin keseimbangan AI dan etika (kewartawanan),” katanya.

Turut hadir, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, walaupun dunia kewartawanan sedang berdepan pelbagai cabaran, media tidak boleh mengabaikan keutamaan asas yang menjadi tonggak kewartawanan beretika.

“Jangan kita kesampingkan keutamaan kita. Mempertahankan nilai dan etika kita yang bersandarkan kepada kebenaran dan keadilan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kuasa seorang Perdana Menteri bukanlah kuasa mutlak yang bebas sepenuhnya daripada sebarang batasan.

“Terikat kepada landasan dan semangat perlembagaan. Terikat pula dengan sistem dan keseimbangan dalam pemerintahan dan apa yang dinasihatkan serta dipedoman oleh raja-raja Melayu untuk menjamin keharmonian dan kesantunan negara,” katanya.

Dalam hal berkaitan isu rasuah, beliau menjelaskan bahawa tumpuannya bukanlah untuk menghukum atau memenjarakan individu tertentu, sebaliknya lebih kepada usaha mengembalikan wang yang telah diseleweng untuk kegunaan rakyat.

“Bagaimana negara mengizinkan puluhan bilion dipunggah oleh beberapa orang tokoh politik dan koporat dan kemudian begitu sahaja dilupakan, di mana pengajarannya, apa makna kuasa.

“Saya bukan minat nak penjarakan orang, saya nak rampas balik wang itu supaya kembali kepada rakyat.

“Ini minat saya dan saya nak hentikan budaya ini dan memang saya tahu yang dicari itu hanya hal-hal titik bengik yang boleh mengasingkan dan meminggirkan isu pokok,” katanya.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit