Lelaki rugi RM120,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

SIBU – Seorang lelaki tempatan kerugian lebih RM120,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian yang dipercayai menggunakan nama sebuah syarikat tidak berdaftar.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, mangsa yang berusia lewat 40-an dan bekerja sebagai buruh kasar itu telah membuat laporan polis selepas menyedari ditipu menerusi pelaburan yang kononnya dikendalikan oleh syarikat ‘Silvercape Capital Sdn Bhd’.

“Kejadian berlaku pada pertengahan Mac lalu ketika mangsa melayari internet di rumah dan tertarik dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.

“Mangsa kemudian menghubungi suspek yang menyamar sebagai ejen pelaburan dan diminta membuat beberapa transaksi wang secara dalam talian. Mangsa turut dimaklumkan kononnya memperoleh keuntungan besar, namun perlu membayar beberapa caj tambahan bagi tujuan pengeluaran,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Jelasnya, mangsa juga dihubungi oleh individu lain yang memperkenalkan diri sebagai wakil sebuah badan kerajaan bergelar ‘Global Anti Scam’ namun individu terbabit turut meminta bayaran kononnya untuk memproses aduan kerugian.

“Mangsa membuat beberapa transaksi secara berperingkat ke akaun bank yang diberikan dengan jumlah keseluruhan mencecah RM120,000. Sehingga laporan dibuat, mangsa tidak menerima sebarang pulangan atau keuntungan,” katanya.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat serta sentiasa menyemak status syarikat pelaburan melalui laman web rasmi Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Orang awam yang menjadi mangsa penipuan turut digesa segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 selepas melakukan sebarang transaksi mencurigakan.

“Pihak polis juga menggalakkan orang ramai memuat turun aplikasi seperti Whoscall dan menggunakan sistem semakan akaun atau nombor telefon suspek menerusi laman sesawang http://semakmule.rmp.gov.my bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan,” tambah beliau.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan