386 pelajar cemerlang SPM 2024 Parlimen Sepanggar diraikan

KOTA KINABALU – Seramai 386 pelajar di Parlimen Sepanggar yang memperoleh keputusan cemerlang dengan 6A sehingga 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 menerima sumbangan berupa wang tunai beserta sijil hari ini.

Ahli Parlimennya, Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, majlis yang sudah diadakan tiga tahun berturut-turut itu bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada anak-anak yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

“Pada hari ini kita meneruskan tradisi kita untuk memberi anugerah cemerlang kepada pelajar madani SPM di peringkat Parlimen Sepanggar.

“Alhamdulillah, tahun ketiga ini seramai 386 pelajar yang telah mendapat anugerah yang mendapat 6A sehingga 11A.

“Ini melibatkan semua sekolah yang berada di Parlimen Sepanggar,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang MADANI SPM 2024 Parlimen Sepanggar, di Dewan Rafflesia Politeknik Kota Kinabalu, pada Isnin.

Jelasnya, majlis kecemerlangan pada tahun ini turut diperluaskan dengan pemberian sumbangan kepada sekolah swasta iaitu Maktab Nasional di Kingfisher.

“Jadi maknanya kita perbesarkan lagi majlis ini dan kita harap kepada semua pelajar yang mendapat anugerah ini akan menjadi bakat-bakat terbaik negara ini seterusnya dapat menyumbang.

“Apabila habis belajar nanti mereka dapat balik ke Sabah dan menyumbang pula kepada negeri ini.

“Kita akan dapat menyediakan bakat-bakat kita serta tenaga mahir yang amat diperlukan untuk negeri dan juga negara ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua warga pendidik dalam mendidik anak-anak bangsa terus berjaya.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu dan ini merupakan kolaboratif yang ketiga bersama-sama, para pengetua, guru-guru dan seluruh warga pendidik yang telah berusaha keras menjayakan program pendidikan di daerah ini.

“Dalam suasana pasca pandemik, cabaran pendidikan tidak mudah, namun saudara-saudari telah membuktikan bahawa dengan semangat, strategi dan kepimpinan yang cekal, anak- anak kita masih mampu cemerlang,” tambahnya.

Related Posts

Hayati perjuangan MA63 demi kelangsungan gemilang Bumi Kenyalang

KUCHING – Sambutan Hari Sarawak yang diraikan pada 22 Julai bukan sekadar cuti umum, sebaliknya merupakan simbol kebangkitan perjuangan dalam memartabatkan maruah dan identiti wilayah itu. Yang di-Pertua Negeri Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
OPB 2026 : CIDB Tawau gempur tapak bina, gesa kontraktor tingkat pematuhan

TAWAU – Semua pemain industri pembinaan khususnya di daerah ini digesa terus meningkatkan tahap pematuhan terhadap Akta 520 serta undang-undang yang dikuatkuasakan oleh agensi berkaitan di tapak pembinaan. Pengurus Lembaga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hayati perjuangan MA63 demi kelangsungan gemilang Bumi Kenyalang

Hayati perjuangan MA63 demi kelangsungan gemilang Bumi Kenyalang

OPB 2026 : CIDB Tawau gempur tapak bina, gesa kontraktor tingkat pematuhan

OPB 2026 : CIDB Tawau gempur tapak bina, gesa kontraktor tingkat pematuhan

Tolak politik ketakutan, pilih politik masa depan – Mahfuz

Tolak politik ketakutan, pilih politik masa depan – Mahfuz

Defisit Akaun Pembangunan bukan bermakna projek pembangunan bermasalah – Masidi

Defisit Akaun Pembangunan bukan bermakna projek pembangunan bermasalah – Masidi

Hasil tanah Bagan Datuk lepasi sasaran, kutip cecah RM20.27 juta

Hasil tanah Bagan Datuk lepasi sasaran, kutip cecah RM20.27 juta

KKR sasar siap dua pakej Pan Borneo Sabah tahun ini

KKR sasar siap dua pakej Pan Borneo Sabah tahun ini