Tengku Zafrul tidak bersetuju PRK diadakan

CADANGAN untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak pernah dibincangkan, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Malah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu yang mengumumkan bakal menyertai PKR tidak bersetuju jika PRK diadakan bagi memberi laluan kepadanya bertanding sekaligus mengekalkan jawatan menteri disandangnya.

“Berkenaan desas-desus mengenai penyertaan dalam mana-mana pilihan raya kecil, baik di peringkat Persekutuan mahupun negeri, saya ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang perbincangan tentang perkara ini pernah berlaku, dan ia bukan sebahagian daripada pertimbangan saya dalam membuat keputusan ini.

“Saya sememangnya tidak bersetuju dengan konsep pencetusan PRK tanpa keperluan yang mendesak, kerana PRK juga melibatkan masa dan duit rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, beliau menyerahkan kedudukannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada khidmatnya masih boleh dicurahkan untuk negara.

“Saya akan terus melaksanakan tugas saya sebagai seorang Ahli Dewan Negara sehingga tamat tempoh perkhidmatan bulan Disember 2025.

“Berkenaan kedudukan saya sebagai seorang menteri, saya menyerahkan sepenuhnya isu ini kepada budi bicara YAB PM. Saya sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada negara dalam apa jua kapasiti.

“Saya meninggalkan dunia korporat kerana niat untuk berkhidmat, dan selagi khidmat saya diperlukan, saya bersedia untuk terus menyumbang tanpa perlu kepada jawatan,” katanya.

Sejak Tengku Zafrul mengumumkan keluar dari UMNO hujung bulan lalu, tersebar spekulasi kononnya PRK akan diadakan bagi memberi ruang kepada Tengku Zafrul bertanding.

Antara spekulasi yang hangat diperkatakan bahawa Tengku Zafrul dijangka akan bertanding di kerusi DUN di Selangor untuk diberi ruang memimpin kerajaan Selangor.

Spekulasi ini tercetus memandangkan tempoh senator Tengku Zafrul akan berakhir hujung tahun ini.

Sementara itu, Tengku Zafrul menjelaskan tindakannya untuk meninggalkan UMNO dibuat atas kapasiti peribadi dan bukannya atas sebarang paksaan.

“Saya akui, ia bukanlah suatu keputusan yang mudah, namun saya telah menimbangkan semua pandangan dan pendapat yang diberikan dengan cukup mendalam.

“Di dalam sebuah masyarakat yang mengamalkan sistem demokrasi, setiap individu mempunyai hak untuk membuat pilihan peribadi, dan saya amat menghargai semua pandangan serta penerimaan terhadap keputusan ini,” katanya.

Related Posts

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

KUCHING – Pemimpin politik di Semenanjung disaran untuk mencontohi sikap serta semangat kepimpinan yang ditunjukkan oleh barisan pemimpin daripada kerajaan Sabah dan Sarawak demi mengekalkan keharmonian negara.   Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pelajar baharu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak bagi sesi kemasukan September atau Oktober ini akan menerima Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan domestik secara sekali beri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SBRC redah lebih 500 kilometer, dekati belia Semporna dengan bersukan

  • By Fatin
  • September 17, 2026
SBRC redah lebih 500 kilometer, dekati belia Semporna dengan bersukan

Eksploitasi seksual: JKM dedah taktik ‘grooming’ menerusi pocket talk

Eksploitasi seksual: JKM dedah taktik ‘grooming’ menerusi pocket talk

Penglibatan generasi muda semarak Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Penglibatan generasi muda semarak Sambutan Hari Malaysia di Sabah

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

BUDI Diesel lebih fleksibel, beri kelegaan pengguna luar bandar

  • By Fatin
  • September 17, 2026
BUDI Diesel lebih fleksibel, beri kelegaan pengguna luar bandar

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak