Program Pusat Tuisyen Anak MADANI Sepanggar bakal diperluas

KOTA KINABALU – Program Pusat Tuisyen Anak MADANI Sepanggar bakal diperluaskan lagi bagi memanfaatkan lebih ramai pelajar di parlimen tersebut. 

Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, program yang dilancarkan sejak tahun lalu menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak Sepanggar dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2024.

“Saya difahamkan juga bahawa terdapat pelajar-pelajar yang menyertai Program Tuisyen Anak MADANI yang menunjukkan peningkatan amat membanggakan dalam keputusan mereka.

“Ini membuktikan bahawa apabila bantuan pendidikan diberi secara saksama dan berfokus, anak-anak kita mampu mengejar dan mencapai kecemerlangan,” katanya ketika berucap di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang MADANI SPM 2024 Parlimen Sepanggar, di Dewan Rafflesia Politeknik Kota Kinabalu, pada Isnin.

Jelasnya, program tersebut akan diperluaskan lagi memandangkan bilangan pelajar yang mendaftar ke program itu semakin meningkat iaitu lebih 120 orang telah berdaftar pada tahun ini.

“Oleh itu, kita terpaksa sediakan ruang yang lebih besar untuk menampung, kita akan cuba besarkan lagi sebab daripada segi statistik yang mendapat manfaat hanya sekitar pejabat Parlimen Sepanggar sahaja.

“Jadi kita mahu supaya anak-anak kita yang agak jauh, yang sukar datang ke pejabat parlimen juga dapat manfaat ini. Sehubungan itu, mungkin kita akan adakan pusat satelit untuk menempatkan mereka pusat tuisyen ini.

“Mungkin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam satu, di DUN Karambunai satu dan juga di DUN Darau iaitu di pejabat parlimen. Mungkin terpaksa kita buat begitu,” katanya dalam sidang media dalam program sama.

Tambahnya, keperluan memperluaskan program tersebut adalah bagi membantu para pelajar khususnya golongan B40 memandangkan ia diberikan secara percuma.

“Kalau tidak diperluaskan, ramai pelajar terutama golongan B40 ini yang tidak mampu menampung dari segi perbelanjaan untuk tambang kereta ini, ini akan menyebabkan mereka tidak dapat hadir,” ujarnya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok