Kewartawanan Era Baharu tema HAWANA 2025

PUTRAJAYA – “Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika” diangkat sebagai tema sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025, pada 13 hingga 15 Jun ini.

Sambutan itu akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), Kuala Lumpur.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzli ketika mengumumkan tema itu berkata, dalam era transformasi digital, penggunaan AI semakin mempengaruhi cara maklumat dikumpul, diproses dan disebarkan.

“Sambutan kali ini mengangkat persoalan penting mengenai teknologi dengan nilai asas kewartawanan boleh bergerak seiring, bukan saling bertentangan.

“Jadi, seharusnya rakan-rakan wartawan membantu untuk masyarakat mengemudi soalan yang begitu penting mengenai adab, etika, kesesuaian kita, menggunakan aplikasi dan teknologi-teknologi baharu,” katanya berucap pada Majlis Bersama Rakan Strategik HAWANA 2025 dan Perasmian Motorhome Bernama di Wisma Bernama, petang semalam.

Pada majlis itu, Fahmi turut memperkenalkan logo HAWANA 2025.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Fahmi juga menekankan kepentingan memastikan nilai asas kewartawanan dipertahankan dalam era teknologi baharu, khususnya ketika berdepan dengan cabaran kecerdasan buatan generatif (Gen AI) yang semakin meluas penggunaannya.

Beliau berkata, perkembangan teknologi masa kini tidak lagi memerlukan peralatan canggih, malah banyak tugasan seperti penghasilan video berasaskan AI, kini boleh dilakukan menerusi telefon pintar dengan bantuan teknologi pengkomputeran awan.

“Ini menjadi satu cabaran apabila hasil Gen AI itu seolah-olah boleh menggantikan manusia, apatah lagi apabila ia digunakan bagi menghasilkan kandungan untuk media sosial, yang seolah-olah disampaikan sebagai laporan rasmi,” katanya lagi seperti dilapor Bernama.

Sehubungan itu, Fahmi menyeru para wartawan untuk memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat memahami dan menilai secara kritis penggunaan teknologi seperti Gen AI, khususnya dari sudut ketepatan maklumat serta tanggungjawab penyampaian.

Related Posts

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

BANGI – Tiada usul undi tidak percaya dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikemukakan setakat ini, menjelang Sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula 5 Oktober depan. Yang di-Pertua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

PUTRAJAYA – Pemansuhan syarat minimum 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat yang mengendalikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) tidak semestinya menggugat masa depan pemilikan Bumiputera dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar