Tengku Zafrul tidak terikat pampasan RM100 juta kerana bukan wakil rakyat – Tok Mat

TENGKU Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tidak tertakluk kepada perjanjian pampasan berjumlah RM100 juta susulan tindakannya keluar daripada parti kerana beliau bukan merupakan wakil rakyat, kata Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurut Mohamad, perjanjian bertulis berkenaan hanya dikenakan kepada individu yang memenangi pilihan raya atas tiket parti dan kemudiannya meninggalkan parti tersebut.

“Tengku Zafrul tidak menang pilihan raya dan aku janji (pampasan RM100 juta) itu adalah untuk wakil rakyat yang meninggalkan parti.

“Beliau menjadi menteri atas asas sebagai seorang Senator. Jadi saya tidak nampak aku janji itu dapat dikuatkuasakan ke atas beliau,” katanya dalam satu sidang media di Rantau pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Fuad Zarkashi yang mencadangkan agar Tengku Zafrul dikenakan bayaran pampasan sebanyak RM100 juta atas keputusan beliau meninggalkan parti.

Dalam pada itu, Mohamad turut menyuarakan harapan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengembalikan semula kuota tujuh jawatan menteri penuh dalam Kabinet kepada UMNO, susulan peletakan jawatan Tengku Zafrul daripada parti berkenaan.

Beliau menjelaskan bahawa kuota tersebut merupakan hasil persetujuan antara BN dan PH sewaktu pembentukan Kerajaan Perpaduan.

“Saya berharap Perdana Menteri memastikan supaya kerusi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) terus dipegang oleh UMNO, melainkan jika ada rombakan Kabinet dilakukan, yang mana ia juga perlu dirunding dengan UMNO/BN sebagai rakan dalam kerajaan.

“Jawatan Senator Tengku Zafrul tamat hujung tahun ini, jadi kita tunggulah. Dan jika ada rombakan yang membabitkan jawatan Menteri MITI, ia mestilah kuota UMNO,” katanya.

Tambah beliau lagi, tempoh perkhidmatan sebagai Senator bagi Tengku Zafrul dijangka tamat hujung tahun ini, dan sebarang keputusan berkaitan pengganti beliau akan ditentukan oleh kepimpinan tertinggi parti.

Ketika ditanya berkenaan calon yang sesuai untuk menggantikan Tengku Zafrul, Mohamad menyatakan bahawa perkara tersebut masih belum dibincangkan secara rasmi dan akan diputuskan kemudian.

Terdahulu, Tengku Zafrul mengumumkan meletak jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja serta keahliannya dalam parti itu.

Beliau menerusi satu kenyataan memaklumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan itu kepada pucuk pimpinan UMNO.

Related Posts

Putra persoal gesaan UMNO, Pas supaya PRU16 diawalkan

PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mempersoalkan gesaan UMNO dan Pas supaya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal. Ketua Penerangan Putra, Shahrulufti Sharif berkata, pihaknya meneliti secara mendalam alasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jika UMNO pilih PN, PH perlu perluas ‘khemah besar’ – Faiz

PAKATAN HARAPAN (PH) perlu memperluaskan konsep ‘khemah besar’ dengan mencari rakan politik baharu sekiranya UMNO memilih memperkukuh kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN). Menurut Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil berkata, PH…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014