JKOM bukan alat politik kepartian – KP

PASIR GUDANG – Pandangan segelintir pihak yang menganggap peranan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) sebagai alat politik semata-mata adalah tidak benar sama sekali.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Yusop berkata, sebagai sebuah jabatan kerajaan, fungsi JKOM adalah sama seperti mana agensi berkaitan yang lain.

“Kita hanya salah satu agensi yang turut berperanan untuk menjaga kestabilan, keharmonian dan kebersamaan sosiopolitik. Perkara ini hanya boleh dicapai kalau kita memahami fungsi sebenar jabatan ini.

“Sebagai Ketua Pengarah, saya mengambil semangat sama iaitu pendekatan kita adalah ke arah komuniti. Maka, ia sepatutnya menekankan hubungan dengan komuniti, bukan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program MADANI Rakyat: Kesiapsiagaan Bencana Komuniti yang diadakan di Dewan Muafakat Jalan Suria, Bandar Seri Alam, di sini, hari ini.

Terdahulu, program siri kedua itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin. Ia turut dihadiri Pegawai Daerah Johor Bahru, Mohd Masni Wakiman.

Ujar Ismail, seandainya penubuhan JKOM adalah berasaskan politik, sudah semestinya individu yang bekerja di jabatan tersebut mempunyai kepentingan dan latar belakang berkaitan hal itu.

“Kami mewakili suara kerajaan yang berkuasa pada hari ini. Maka, tanggungjawab kami adalah untuk menjaga nama baik kerajaan, bukannya nama parti.

“Malah, saya tak nafikan ada individu yang mohon untuk bekerja di sini kerana dicadang oleh sesetengah ahli politik. Namun, kita tetap menilai dan menguji mereka mengikut proses ditetapkan.

“Sekiranya mereka tidak menepati syarat lantikan walaupun mempunyai latar belakang yang baik, mereka tetap tidak dipilih.

“Sebagai contoh jawatan yang dibuka memerlukan syarat untuk seseorang itu memiliki kelayakan ijazah dalam bidang teknologi maklumat, namun pemohon yang dicadang mempunyai latar belakang pendidikan berkaitan sains. Semestinya dia tidak akan terpilih walaupun disaran oleh sesetengah pihak berkepentingan,” katanya.

Related Posts

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

KUANTAN – Harga tiket bagi perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ditetapkan pada kadar bersesuaian dan mampu milik, termasuk golongan berpendapatan rendah (B40). Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) mungkin membuat pengumuman pada Jumaat, namun sama ada perkara itu berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok