Sepeda Amal Borneo 2025 untuk tubuh hospis kanak-kanak pertama di Sabah

KOTA KINABALU – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengadakan ‘Sepeda Amal Borneo 2025’ (SAB2025) bagi mengumpul dana untuk menubuhkan hospis kanak-kanak pertama di Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew berkata, kayuhan amal sejauh 600 kilometer (km) yang bertujuan menubuhkan hospis sambil mempamerkan keindahan alam semula jadi Sabah itu wajar mendapat sokongan.

“Sepeda Amal Borneo bukan sekadar kayuhan ia juga menyerlahkan tarikan semula jadi Sabah serta nilai-nilai kemasyarakatan.

“Saya percaya acara ini akan menarik kedatangan pelawat, merancakkan ekonomi pelancongan kita, dan meningkatkan kefahaman awam tentang penjagaan hospis kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Perubatan Malaysia Cawangan Sabah (MMA Sabah) dan Persatuan Penjagaan Paliatif Pediatrik Malaysia (MAPPAC) yang hadir untuk memberikan perkembangan terkini serta memohon sokongan kewangan bagi acara berbasikal yang luar biasa ini pada Selasa.

Christina yang dijangka akan menyempurnakan acara pelepasan yang diadakan di Sandakan pada 27 Julai itu memuji penganjuran acara tersebut kerana ia dapat memberi dua impak positif iaitu terhadap kesihatan dan pelancongan.

Sementara itu, Pengerusi merangkap Pengasas SAB, Dr Timothy Cheng yang mengetuai delegasi tersebut, menggambarkan kayuhan sejauh 600km ini sebagai ‘Everest versi Sabah’.

Jelasnya, kayuhan yang disertai oleh peserta tempatan dan luar negara itu akan berlepas di Sandakan dan menamatkan kayuhan di Kota Kinabalu.

“Para peserta akan merentasi lembah hutan hujan, perkampungan tanah tinggi, dan laluan pesisir melalui Sungai Sapi, Paitan, Kota Marudu, Ranau dan Tambunan sebelum menamatkan kayuhan di Kota Kinabalu pada 1 Ogos.

“Jumlah pendakian ketinggian keseluruhan menyamai Gunung Everest, menjadikan ia satu cabaran fizikal dan simbolik,” jelasnya.

Presiden MMA Sabah, Dr Brandon Patrick Senagang pula berkata bahawa MMA telah memperjuangkan kesihatan awam sejak tahun 1959 manakala Sepeda Amal Borneo telah berjaya mengumpul lebih RM750,000 bagi tujuan kebajikan tempatan.

“SAB2025 meneruskan misi tersebut dengan menghimpunkan penunggang dari seluruh Malaysia, Singapura, Macau dan Amerika Syarikat dalam satu kempen untuk mempromosikan pelancongan Sabah dan keperluan mendesak penjagaan paliatif kanak-kanak,” ujarnya.

Related Posts

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

KANGAR – Seramai 154 calon atau lebih 40 peratus daripada keseluruhan calon STPM 2025 di Perlis berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.00 ke atas, sekali gus membuktikan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GRS perkemas jentera hadapi PRU, lantik enam pengerusi zon

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperkemaskan persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang menerusi pengukuhan jentera parti di semua kawasan Parlimen di Sabah. Pengerusinya, Datuk Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

GRS perkemas jentera hadapi PRU, lantik enam pengerusi zon

GRS perkemas jentera hadapi PRU, lantik enam pengerusi zon

UPKO diterima sebagai ahli baharu GRS

UPKO diterima sebagai ahli baharu GRS

Seorang lelaki ditahan bersama 17 botol air ketum

Seorang lelaki ditahan bersama 17 botol air ketum