Jambatan Batang Saribas 1 hubungkan Pusa-Beladin

PUSA – Jambatan Batang Saribas 1 yang menghubungkan Pusa dengan Beladin kini dibuka sepenuhnya kepada orang ramai, sekali gus menamatkan perkhidmatan feri di laluan berkenaan serta-merta.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, jambatan sepanjang 1.55 kilometer itu menelan kos sebanyak RM375.5 juta dan mengambil masa 71 bulan untuk disiapkan sejak Jun 2019.

“Saya yakin dengan siapnya jambatan ini, ia akan memudahkan aktiviti sosial dan ekonomi penduduk serta merancakkan pembangunan di kawasan ini,” katanya pada sidang media sempena Majlis Prapelancaran Jambatan Batang Saribas 1 pada Ahad.

Menurutnya, jambatan itu merupakan yang kelima siap daripada 16 projek jambatan di sepanjang Lebuhraya Pesisir Sarawak.

“Antara jambatan yang telah siap sebelum ini ialah Jambatan Marudi, Jepak, Muara Lassa dan Batang Rajang,” ujarnya.

Uggah menegaskan bahawa pelaksanaan projek tersebut membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak di bawah kepemimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menunaikan janji kepada rakyat.

“Kerajaan Sarawak tidak hanya menabur janji, sebaliknya membuktikannya melalui pelaksanaan projek-projek penting seperti ini,” tegasnya.

Hadir sama, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir. Aidel Lariwoo; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas; ADUN Beting Maro, Razaili Gapor; Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli; Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu; ADUN Kalaka, Mohammad Duri; Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Chiew Chee Yau serta Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak, Ir. Ts. Dr. Cassidy Morris.

Related Posts

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

SHAH ALAM – Seramai 5,000 rakyat Selangor yang kehilangan pekerjaan tahun ini bakal dibantu untuk membina kerjaya baharu dalam bidang keusahawanan menerusi pelaksanaan Program Transisi Kerjaya PLATS dengan peruntukan RM4…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

LIMBANG – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) disaran terus memperkukuh pentadbiran dan lebih kreatif memacu ekonomi setempat bagi mengelakkan anak muda berhijrah ke bandar. Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Diplomasi strategik Malaysia-Rusia perkukuh kedudukan negara di pentas global

Diplomasi strategik Malaysia-Rusia perkukuh kedudukan negara di pentas global

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

Empat nelayan warga Thailand ditahan langgar syarat tangkap ikan

Empat nelayan warga Thailand ditahan langgar syarat tangkap ikan

Intervensi awal UMS bantu murid berkeperluan khas di Keningau

Intervensi awal UMS bantu murid berkeperluan khas di Keningau

Pusat Pemprosesan Baja Dalat bakal lonjak ekonomi, produktiviti petani luar bandar

Pusat Pemprosesan Baja Dalat bakal lonjak ekonomi, produktiviti petani luar bandar